07 October 2015

PAS jangan penting diri, lihat sama keutamaan membantu “sekolah pondok”



7 Oktober 2015 | George Town

Mudir Am Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) Tuan Guru Ustaz Muhammad Fauzi Yusof antara lain menggambarkan ada 'tangan ghaib' yang menafikan sumbangan Bantuan SAR ke sekolahnya, apabila sepucuk surat jemputan umum ke majlis tersebut diambil balik oleh Pegawai JAIPP.

Isu surat tersebut adalah remeh dan ada suatu lagi isu yang lebih besar, barangkali seakan didiamkan oleh para agamawan parti Islam itu sendiri.

Mungkin juga mereka tak akan mementingkan sekolah mereka sahaja, jika mereka melihat keperluan mendesak dari segi dana di enam “sekolah pondok” yang menerima sumbangan Bantuan SAR buat julung-julung kalinya pada tahun ini.

“Pondok Ustaz Tajuddin” atau nama sebenarnya Al-Mujmak At-Turath Al-Islami Al-Malizi yang diusahakan oleh Ketua Ulamak PAS Pulau Pinang, Tuan Guru Tajuddin Abu Bakar menerima sumbangan Bantuan SAR berjumlah RM15,000 pada tahun ini.

Pondok Tuan Guru Haji Yusoff dekat Sungai Bakap, Pondok Faqiah Daimiah dekat Permatang Pauh, Pondok Manabiul Ulum dekat Kubang Semang, Maahad Ihya Ulumiddin dekat Mengkuang Titi serta Madrasah Darul Muhajirin dekat Tasek Gelugor masing-masing turut menerima sumbangan RM15,000.

Daripada keseluruhan Bantuan SAR berjumlah RM1.75 juta, Bahagian Pendidikan JAIPP mengagihkan sumbangan RM90,000 untuk enam “sekolah pondok” tersebut.

Jika wujud 'tangan ghaib' seperti dituduh Ustaz Fauzi yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, “Pondok Ustaz Tajuddin” secara logiknya patut tidak dapat peruntukan sebab Tuan Guru Ustaz Tajuddin Abu Bakar adalah Ketua Ulamak PAS Negeri.

Sebagai rekod, SRIA yang didaftarkan pada 1 Jun 2013 menerima sumbangan Bantuan SAR sebanyak RM50,000 pada tahun 2013, dan RM61,500 pada tahun 2014.

Bagaimana pula dengan status RM7,200 sumbangan Bantuan SAR 2015 kepada Maahad Tahfiz Akademi Al-Quran As-Syamil (AQSA) bagi tahun ini, sungguhpun diasaskan oleh Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah sekarang?

Sebenarnya Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) yang pernah diusahakan oleh Ustaz Yusni sendiri tidak menerima sumbangan Bantuan SAR bagi tahun ini sahaja, kerana ada sekolah-sekolah agama lain yang dinilai lebih utama serta ada keperluan mendesak untuk diberi sumbangan itu.

Sebagai rekod, SRIBU sejak tahun 2010 hingga tahun 2014 telahpun menerima sumbangan Bantuan SAR sebanyak RM276,500.

Mengikut pecahan tahun, sekolah swasta itu menerima Sumbangan Bantuan SAR kira-kira RM45,000 pada tahun 2010, RM50,000 (2011), RM50,000 (2012), RM50,000 (2013) dan paling banyak pada tahun 2014 berjumlah RM81,500.

Gambarannya, agihan sumbangan Bantuan SAR atas dasar keperluan dan keutamaan, dan bukannya sentimental politik kepartian yang cuba digambarkan oleh pemimpin tertentu PAS Pulau Pinang.

Justeru, janganlah sikap mementingkan sekolah sendiri sampai dalam diri ini tidak nampak bahawa ada sekolah-sekolah agama rakyat lain lain sebenarnya lebih memerlukan Sumbangan Bantuan SAR juga.

Jika Mudir SRIA melihat keperluan dana di enam “Sekolah Pondok”, barangkali mungkin beliau tak pentingkan sekolahnya sendiri saja.

AMANAH sekali lagi merakamkan penghargaan kepada Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Dato' Abdul Malik Abul Kassim atas inisiatif Kerajaan Negeri buat pertama kalinya menyalurkan sumbangan Bantuan SAR kepada enam “Sekolah Pondok”, kira-kira RM90,000.

Diharapkan, Bajet Hal Ehwal Islam khususnya peruntukan Bantuan SAR dapat ditingkatkan pada tahun depan, kerana “Sekolah Pondok” di negeri ini sememangnya memerlukan sokongan dana daripada Kerajaan Negeri pada masa depan.

Sekian.


ZAINULFAQAR YAACOB
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara (AMANAH) Pulau Pinang


+60194241583
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus