25 November 2015

P.Pinang ke arah negeri keusahawanan, BPO Perdana siap Julai 2016

KETUA Menteri (belakang, tiga dari kiri) serta tetamu kehormat lain menyaksikan gelagat kanak-kanak menerima "angpaw rawa" daripada Jagdeep Singh Deo (belakang, lima dari kiri) di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAYAN LEPAS - Pulau Pinang ke arah menjadi negeri keusahawanan, dengan pemajuan Mayang Mall yang dijangka siap pada Julai tahun depan sebagai satu lagi simbol kejayaan Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, operasi agensi negeri Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) akan berpindah ke kompleks itu, apabila projek pemajuan perdana Penyumberan Luaran Proses Perniagaan (BPO) siap pada bulan Julai tahun depan.

"Dalam usaha untuk mewujudkan semua ini, Kerajaan Negeri perlu membuat pelaburan dalam infrastruktur, pendidikan dan industri kreatif dan inovatif.

"Saya ingin memberitahu anda bahawa selepas BPO Perdana disediakan, PDC akan dipindahkan di bangunan sendiri.

"Ini, untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai salah satu hab penyumberan luar global pada masa akan datang," kata Guan Eng di sini, semalam.

Justeru, Guan Eng berharap, projek BPO Perdana tersebut mampu memberi manfaat kepada perkembangan industri kreatif serta inovatif di negeri ini, yang merangkumi sektor perniagaan, kerjaya, masyarakat dan perkhidmatan awam.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy dan Pengurus Besar PDC, Dato' Rosli Jaafar turut berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali PDC tersebut

Hadir sama, Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo.

Pada Ogos lalu, PDC baru memeterai satu perjanjian dengan dua pihak dari Singapura bagi pembangunan projek perdana BPO, dengan RM1.3 bilion nilai pembangunan kasar (DGV).

Projek usaha sama PDC dengan Temasek serta Economic Development Innovations Singapore Pte. Ltd. (EDIS) tersebut di atas sebidang tanah milik PDC berkeluasan 6.8 ekar di Bayan Baru.

Majlis menandatangan perjanjian itu di antara Pengurus Besar PDC, Dato' Rosli Jaafar dan David Heng (wakil Temasik).

Guan Eng memberitahu, usaha sama itu membolehkan PDC memegang 51 peratus syer, dan selebihnya dipegang oleh para pelabur lain.

Tambah Guan Eng, projek perdana BPO itu turut akan mewakili hab perniagaan utama Multimedia Super-Corridor (MSC) Malaysia di Bandar Siber 1 Pulau Pinang, yang meliputi tanah kira-kirta 1.6 juta kaki persegi.

Katanya, rancangan pemajuan projek tersebut dilaksanakan dalam tempoh tahun 2016 hingga 2019.

Katanya lagi, projek jangka panjang itu turut akan menampung kekosongan ruang pejabat Gred A untuk Pelancaran Perkhidmatan Penyumberan Luar (SSO) dan PBO.

“Sektor SSO telah mencapai pertumbuhan pesat selama ini dan Malaysia turut disenaraikan sebagai destinasi SSO ketiga di dunia oleh global firma perunding pengurusan AT Kearney sejak 2004 selepas India dan China," katanya.

Seperti di Pulau Pinang, pelaburan kumulatif bagi syarikat SSO berstatus MSC antara tahun 2009 dan 2014 direkodkan mencapai RM4.073 bilion.

Sektor SSO di sini juga menyediakan lebih 8,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada penduduk tempatan dan berkhidmat kedua-dua pasaran serantau dan global.

Temasek adalah sebuah syarikat pelaburan yang berpangkalan di Singapura dengan portfolio pelaburan S$266 bilion (RM628.6 bilion) pada 31 Mac lalu, dan EDIS juga beribu pejabat di Singapura dengan rangkaian operasi pelaburannya di Jerman dan Amerika Syarikat.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus