Skip to main content

Posts

Showing posts from November 27, 2015

Ayah kerja apa?

Kita boleh tanya anak kita sendiri, jika ingin tahu atau biarkan cikgu Tadika ABS bertanya mereka pada sesi interaksi pra persekolahan nanti. Jika mata hitam anak kecil naik ke atas, karektor anak ini adalah visual. Di tadika, beliau lebih mudah belajar dengan gambar. Jika mata hitam di tengah-tengah, karektor anak ini adalah auditori, mendatar semasa berfikir. Apa yang didengar di tadika, akan lebih mudah dipelajari dan difahami. Jika anak itu tidak duduk diam dengan soalan cikgu di tadika, barangkali karektornya adalah kinestetik. Ajak lah anak ini berbicara sambil disentuh-sentuh kepala dan tangannya, beliau akan memberi jawapan atas soalan  kita itu. Lagi umum soalan cikgu, lagi rumit jawapannya kerana anak yang berkarakter sebegini suka memikirkan sesuatu yang kontekstual. Jawapan yang konkrit boleh menajamkan karektornya dalam pelajaran. "Kenali karektor anak kita, kita akan banyak belajar bagaimana untuk mendidik mereka."

Pengakuan Azmin serlahkan lima ADUN PKR bertindak sendiri, respons Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBDATUK KERAMAT - Kelima-lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti KeADILan Rakyat (PKR) didakwa "bertindak sendiri" tanpa terlebih dahulu berkomunikasi sama ada dengan pemimpin mereka dalam Kerajaan Negeri atau di peringkat pusat.Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata demikian semasa mengulas mengenai pengakuan Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali yang menolak dakwaan bahawa ada pemimpin pusat parti itu mengetahui lebih awal hasrat kelima-lima ADUN terbabit untuk berkecuali dalam usul penambakan laut pada persidangan DUN Pulau Pinang baru-baru ini. "Saya rasa itu lah yang mereka (kelima-lima ADUN) buat sendiri, pemimpin mereka sendiri pun tak dimaklumkan."Maka, kita yang dalam Kerajaan (Negeri) berasa adalah luar biasa, dan saya ingat PKR akan uruskan partinya (mengenai tindakan kelima-lima ADUN itu) sendiri dan saya tidak akan masuk campur," jelas Lim Guan Eng kepada wartawan, selepas berucap pada M…