Skip to main content

Posts

Showing posts from December 10, 2015

Gaji RM22,500 tapi "Non Panjang" bisu dan tuli dalam PAU

Sepatutnya Khairy Jamaluddin membela rakyat atas keanggotaannya dalam Jemaah Menteri, bukan keluh-kesah dalam PAU semata-mata.Pro Khairy berkata sekurang-kurangnya ketua mereka bersuara juga, di tengah-tengah para pemimpin lain saling bercakaran.Bagi Umno Pulau Pinang umpamanya, patut berasa malang kerana Pengerusi Negeri Datuk Zainal Abidin Osman yang lebih mesra dipanggil "Non Panjang" langsung tak membangkitkan isu-isu rakyat di negeri ini. 81 permohonan Lesen Pemajuan & Permit Iklan (DLAP) yang Pusat masih enggan meluluskan mengakibatkan projek pembangunan perumahan antaranya masih tidak dapat dibina di Pulau Pinang.Ada tujuh projek tangani banjir bernilai RM805.4 juta yang dijanjikan dalam RMK-11 untuk Pulau Pinang, tetapi sehingga kini di mungkiri oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Salah satunya, RM450 juta projek pelebaran dan mendalamkan Sungai Pinang."Non Panjang" patut lantang bersuara mengenai dua isu ini kerana membabitkan kepen…

Penderma RM2.6 bilion ramai, Zahid penipu macam Najib

Qarinah  atau bukti penguat digunakan apabila tiada saksi dalam kejadian Nabi Yusuf dituduh cuba merogol jelitawan Zulaika.Firman Allah SAW bermaksud:"...Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta."Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar." [Surah Yusuf: 26 & 27]RM2.6 bilion yang sah dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak itulah adalah qarinah bahawa ada unsur penyelewengan membabitkan perdana menteri itu.Apabila ada perwakilan bertanya dalam PAU, ke mana RM2.6 bilion jika ya digunakan untuk kerja-kerja, bertambah jelas bahawa Najib berbohong. Sama ada penyumbang RM2.6 bilion terbabit terdiri oleh seorang atau ramai, kenapa Najib sendiri menerima sejumlah wang itu secara peribadi wajib disiasat.Justeru, Ahmad Zahid Hamidi elok jadi jadi pembohong seperti Najib dalam skandal kewangan RM2.6 bilion ini.