Skip to main content

Posts

Showing posts from December 18, 2015

357 nelayan Telok Bahang terima pukat, Kerajaan P.Pinang belanja RM60,345

TELUK BAHANGSeramai 357 nelayan setempat menerima bantuan pukat daripada Kerajaan Negeri, buat yang kedua pada tahun ini.
Bekas Pegawai Penyelaras Kawasan (PPK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Bahang, Dato' Abdul Halim Hussein yang menyampaikan sumbangan itu.
“Kita (Kerajaan Negeri) tampil dengan idea memberi bantuan pukat dua kali setahun, demi meringankan beban para nelayan. 
"Seperti mana kita tahu, kehidupan nelayan tidak hanya terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat semata-mata, bahkan, faktor cuaca juga sering menjadi cabaran utama dalam melakukan aktiviti penangkapan ikan ini,” jelas beliau beliau pada Majlis Sumbangan Bantuan Pukat Peringkat Zon Teluk Bahang dekat Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Teluk Bahang baru-baru ini.
Hadir sama, PPK Teluk Bahang, Halil Sabri Abdul Hamid dan PPK Pulau Betong, Muhammad Tuah Ismail.
Menurut Abdul Halim, kira-kira RM60,345 dibelanjakan untuk pembelian dua set pukat kepada nelayan berdaftar

Justeru, Abdul…

Mesin kompos semulajadi di Pasar Awam Pulau Tikus pertama di Malaysia

PULAU TIKUS – Sisa makanan yang dihasilkan di Pasar Awam Pulau Tikus kini boleh dikompos menjadi baja cecair secara semulajadi tanpa bahan kimia, menggunakan kaedah Bio Technology Incorporating MBT (microbial balancing technology).
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, projek perintis yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu mungkin yang pertama di tanah air ini.
“Kaedah ini bukan sahaja menerima semua jenis sisa makanan kecuali tulang bersaiz besar, tetapi, ianya lebih bersih, jimat, selesa dan tiada masalah kacau ganggu haiwan perosak dan masalah bau kepada persekitaran.
“Dengan unit mesin yang bersaiz kecil, penggunaan ruang dan kemudahan utiliti turut dapat diminimakan,” jelasnya pada majlis Lawatan Tapak Pengkomposan Sisa Makanan di Pasar Awam Pulau Tikus di sini baru-baru ini.
Difahamkan, mesin kompos itu menggunakan teknologi mesra alam serta tiada bahan akhir gas kimia (metana atau CO2).
Menurut Kon Yeow, MB…

Kaji selidik Bajet 2017 lebih awal, mula Januari depan - YDP MPSP

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan melaksanakan tinjauan atas talian serta mengedarkan borang soal silidik awam bagi Bajet 2017 lebih awal, mulai 1 Januari hingga 28 Februari.
Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif berkata, amalan gender responsive participatory budgeting (GRPB) itu demi 'memenuhi keperluan yang berbeza daripada kumpulan yang berbeza.'
"Kita (MPSP) akan mula soal selidik untuk Bajet 2017 lebih awal, kalau dahulunya kita buat pada bulan April atau Mei.
"Ini, untuk membolehkan kita (MPSP) menyelidik serta membuat analisa lebih terperinci," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media, selepas mempengerusi Majlis Mesyuarat Penuh Ke-498 Bil. (12/2015) dekat Kompleks Ibupejabat MPSP di sini, pagi tadi.
Maimunah turut mengumumkan MPSP dengan kerjasama pemaju Ideal Property Group dan Kelab Berbasikal G akan menganjurkan Ideal Propertu Tristate 160 Fellowship Ride pada 10 Januari 2…