28 January 2016

Guan Eng anggap lulus TPPA 'hari yang pahit' buat rakyat

KETUA Menteri Pulau Pinang.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menganggap usul Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam sebagai "hari yang pahit" untuk semua rakyat Malaysia.

Katnya, Kerajaan Persekutuan yang dikuasai oleh Barisan Nasional perlu bertanggungjawab, sekiranya TPPA memberi kesan berantai yang buru kepada rakyat terbanyak kelak.

"Saya rasa ini satu hari yang pahit untk ramai (orang) di Malaysia, khususnya kepada rakyat biasa yang akan menanggung kesannya.

"Sekiranya harga ubat naik umpamanya, saya harap semua rakyat ingat bahawa ini kerana TPPA, kesan ini BN kena tanggung," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan kepada pemberita di Komtar di sini petang tadi.

Melalui proses undian secara blok, 127 Ahli Parlimen BN menyokong usul tersebut, manakala 84 lain menolak. Majoriti, 43 undi sahaja.

Kira-kira 30 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan isu tersebut, dalam sidang khas selama dua hari mulai 26 Januari.

Dalam ucapan penggulungan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan berkata, TPPA tidak akan memberi kesan kepada majoriti sektor industri kecil dan sederhana (IKS).

"Secara keseluruhan 90 peratus IKS terlibat dalam bidang perkhidmatan seperti kedai runcit, salun rambut, servis kereta manakala tujuh peratus terlibat dalam sektor perkilangan, tiga peratus lagi dalam pertanian dan perlombongan.

"Kita tidak akan melihat seorang putih datang dari Washington (ke negara ini) semata-mata untuk membuka kedai gunting rambut," katanya.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli menambah, TPPA mungkin mengancam industri perkilangan.

Namun, beliau menegaskan kerajaan akan bertemu pihak IKS selepas ini.

Terdahulu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkali-kali menyatakan pendirian tegas partinya untuk membantah TPPA, sungguhpun Kerajaan Negeri Pulau Pinang digambarkan seakan pro pada perjanjian tersebut.


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus