14 January 2016

P.Pinang jual tanah untuk FDI sahaja, Guan Eng respons fitnah portal pro Umno

KETUA Menteri.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, 20 ekar tanah dekat kawasan perindustrian Batu Kawan yang dijual kepada Jabil Circuit dari Amerika Syarikat adalah untuk tujuan pelaburan.

Penjelasan itu sekaligus menyanggah dakwaan pihak tertentu kononnya Kerajaan Negeri pun seperti 1Malaysia Development Berhad yang didedah menjual projek pembangunan bandar Malaysia kepada syarikat asing dari China demi melangsaikan hutang luar kawalan syarikat pelaburan Kerajaan Pusat itu.

“Setiap negeri di Malaysia secara aktif meningkatkan usaha mereka untuk mendapatkan lebih banyak pelabur ke negeri masing-masing. 

“Pulau Pinang tidak ketinggalan melalui usaha-usaha Kerajaan Negeri menarik pelabur langsung asing ke sini. 

“Jika pelaburan ini (Jabil Circuit) tidak dibenarkan dan salah, maka semua Zon Perindustrian Bebas seperti di Kulim, Kedah dan Iskandar, Johor juga perlu ditutup kerana mereka juga melakukan perkara yang sama bagi mendapatkan FDI,” kata Guan Eng kepada wartawan di Kompleks Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di sini baru-baru ini.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam berkata demikian selepas berucap pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru 2016, anjuran PDC. 

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Prof. Dr. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), barisan Exco Kerajaan Negeri dan Datuk Rosli Jaafar (Pengurus Besar PDC). 

KETUA Menteri (tengah) serta pemimpin Kerajaan Negeri pada majlis di sini baru-baru ini.

Tambah Guan Eng, penjualan tanah untuk tujuan pelaburan sekaligus turut mencipta lebih 2,500 peluang pekerjaan mahir dalam pelbagai industri dalam tempoh lima tahun akan datang di negeri ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan turut menyanggah laporan portal berita pro Umno, MyKMU yang menuduh Kerajaan Pulau Pinang turut menjual sebidang tanah di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas kepada syarikat asing dari Singapura. 

“Mendapatkan pelaburan untuk mewujudkan pekerjaan bukanlah mainan hartanah.

“Begitu juga Temasik Holdings Berhad yang akan membangunkan Projek Perdana Penyumberan Luaran Proses Perniagaan (BPO). 

"Ia bagi meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan sektor perkhidmatan di Pulau Pinang iaitu tambahan kepada sektor pembuatan sedia ada,” jelasnya. 

Dalam kenyataan berasingan, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow menjelaskan Jual tanah di P.Pinang untuk FDI, bukan langsai hutang macam 1MDB.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus