21 January 2016

Rejuvinasi tugu kelip-kelip, tugu kapal kargo, kata ADUN Jawi

SOON Lip Chee (kiri) bersama-sama Fng Ah Seng memulakan pengecatan sebagai simbolik pada projek penarafan tugu kelip-kelip di sini baru-baru ini.

JAWI – Tugu kelip-kelip dan tugu kapal kargo yang menjadi mercu tanda Nibong Tebal akan direjuvinasikan semula oleh Epic Valley Holding Sdn. Bhd..

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee semasa melawat tugu itu memberitahu projek peremajaan kedua-dua stuktur konkrit itu termasuk mengecat semula, memasang lampu serta kerja-kerja lanskap.

Dua mercu tanda Nibong Tebal, tugu kelip-kelip dan tugu kapal kargo bakal diberi nafas baru oleh oleh Epic Valley Holdings Sdn. Bhd. dengan mengecat semula, pemasangan lampu serta kerja-kerja landsakap.

“Kelip-kelip merupakan sesuatu yang sinonim di laluan Sungai Kerian, manakala, kapal kargo melambangkan sejarah jeti Nibong Tebal sebagai pusat perdagangan pada zaman lampau

Lip Chee turut merakamkan penghargaan kepada Pengarah Urusan Epic Valley Holdings, Tan Sri Datuk Paduka Prof. Dr. Fng Ah Seng kerana menyumbang RM88,300 atas nama program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam pemajuan projek penarafan tersebut.

"Beliau (Ah Seng) telah banyak memberi sumbangan dalam pembangunan sosial ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan lain-lain sejak 2006,” ujar beliau lagi.

Ah Seng pula pada sidang media sama memberitahu, pihaknya berharap CSR yang dilakukan itu turut menyumbang pada usaha-usaha menghijaukan lagi kawasan di sini.

“Dengan kerjasama syarikat-syarikat swasta dan Kerajaan Negeri dan kerajaan tempatan, projek landskap dapat dijalankan dengan lebih sempurna,” jelas beliau lagi. 

Kedua-dua tugu itu dibina pada tahun 2007, di lokasi strategik keluar dan masuk ke Nibong Tebal.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus