05 February 2016

Lumpuh sayap pemuda Umno apabila Shahrom Nordin sertai AMANAH Batu Kawan

SHAHROM Nordin (kiri) merakamkan gambar bersama-sama Ketua AMANAH Batu Kawan, Haji Yusoff Hashim selepas selesai majlis parti di sini, malam tadi.
JAMUAN ringan selepas selesai majlis taklimat dan kempen buka cawangan penaja di sini, malam tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT TENGAH - Sayap pemuda Umno Cawangan Kampung Baru dekat Parlimen Batu Kawan pula lumpuh dan hampir dibubarkan apabila 'orang kuatnya' Shahrom Nordin, 50, serta hampir 100 penyokongnya umum meninggalkan parti lalu menyertai Amanah Kawasan berkenaan.

Shahrom bagaimanapun memberitahu keputusan itu bukan disebabkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa lemah atau susulan krisis Menteri Besar Kedah.

"Lebih  tujuh tahun isteri saya terlantar sakit, tiada seorang pun pemimpin (Umno) bahagian datang menjejak kaki ziarah di rumah, itu paling saya terkilan, tetapi saya sekeluarga diziarahi Haji Yusof dan Ruzlan.

"Seperti orang lain, saya mahu AMANAH ini menjadi politik harapan untuk semua rakyat Malaysia, yang berdiri atas semangat demokrasi rakyat (dan) bukan atas politik 'suku sakat' (kronisme)," jelas Shahrom pada majlis parti di Kampung Sekolah di sini, malam tadi.

Majlis, berlangsung di kediaman peribadi Ketua AMANAH Kawasan Parlimen Batu Kawan merangkap AJK Negeri, Haji Yusoff  Hashim.

Hadir sama, Setiausaha Kawasan, Ruzlan Abdul Rahim serta Ketua-Ketua Penaja Cawangan lain.

Pada majlis sama, bekas Ketua Penerangan PAS Cawangan Kampung Tok Panjang di sini, Mahazan Mohamad, 36, turut mengumumkan keluar parti serta menyertai AMANAH atas alasan mahu melaksanakan maksud dakwah yang sebenar - "Islam Rahmat Ke Seluruh Alam".

Lebih 12 bekas pemimpin PAS Cawangan berkenaan turut mengumumkan keluar parti serta mengambil komitmen untuk menubuhkan cawangan penaja baharu AMANAH di kampung mereka.

Pada majlis tertutup itu, masing-masing membahaskan pengajaran ('ibrah) daripada ayat 54 Surah Al-Maidah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya."

Terdahulu, PAS Cawangan Kebun Sireh juga dalam parlimen Batu Kawan hampir bubar apabila pengasas "Ustaz Ishak" serta orang kuat parti Haji Mohamad Kamal Abdullah mengumumkan sertai AMANAH. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus