30 March 2016

Hadapi risiko hukuman penjara jika maju tanah tanpa kebenaran MBPP

PATAHIYAH Ismail menunjukkan Borang Soalselidik Bajet 2017 MBPP yang dijalankan mulai 28 Mac sehingga 1 Mei 2016.

GEORGE TOWN – Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato' Patahiyah Ismail berkata, pihaknya melalui Timbalan Pendakwa Raya akan menggunakan akta yang lebih menjurus pada hukuman penjara ke atas mereka yang memajukan tanah secara 'haram' serta tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kita serius menangani masalah ini sekarang, mana-mana pemilik tanah yang membuat kerja tanpa kebenaran Majlis, kita akan dakwa lebih kepada hukuman dipenjarakan.

“Namun, walaupun kita berhasrat berbuat demikian, kita hanya boleh minta, tetapi ia adalah tertakluk kepada keputusan mahkamah,” ujar beliau, selepas mempengerusikan Mesyuarat Biasa Majlis dekat Dewan Bandaraya di sini baru-baru ini.

Setiausaha Bandaraya, Ir. Ang Aing Thye, Ahli Majlis MBPP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perancangan Pemajuan, Joseph Ng Soon Siang dan Penasihat Undang-undang MBPP, Shamiah Bilal turut sertai sidang media itu.

Menurut Patahiyah, tahun lalu terdapat satu kes membabitkan satu pihak hampir dihukum penjara kerana melakukan kerja-kerja tanah secara 'haram' tanpa kebenaran MBPP, berdasarkan Seksyen 19(1) .Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

Namun, menurut Patahiyah, pesalah terbabit didenda sejumlah wang sahaja selepas permohonan maafnya diterima oleh Mahkamah.

Difahamkan, berdasarkan Seksyen 19 (1) itu, pemilik tanah boleh dikenakan hukuman denda RM500,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi dua tahun ataupun kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah. 

Manakala, menurut Seksyen 70 (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 pula, mereka yang melakukan kerja-kerja menebang pokok, meratakan atau mengorek tanah tanpa kebenaran PBT boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda RM 50,000 jika disabitkan kesalahan.

Dalam perkembangan lain, Patahiyah turut mengalu-alukan partisipasi awam menyertai Soalselidik Bajet 2017 atas talian www.mbpp.gov.my mulai 28 Mac hingga 1 Mei depan.

Hubungi Bahagian Belanjawan dan Akuan, akauntan di talian 04-259 2121 / tbluan@mbpp.gov.my atau Penolong Akauntan di talian 04-259 2140 / su2@mbpp.gov.my.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus