06 June 2016

David Marshel syor tebatan di sepanjang Sungai Perai elak banjir berulang

P. David Marshel dan M. Satees (berdiri) menunjukkan kawasan pinggiran Sungai Perai, selepas bencana banjir di sini, pagi tadi.

PERAI - Kampung Manis semalam dilanda banjir setinggi 3 meter, serta mengakibatkan 12 keluarga setinggan di sini terjejas hidup.

Mengulas lanjut, Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) David Marshel berkata sampah-sarap dalam parit monsun mengakibatkan pintu air (flash gate) di sini tidak dapat berfungsi ketika air pasang di Sungai Perai.

"JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) pada tahun 2014 sebenarnya telah membina flash gate serta ban banjir, demi mengurangkan risiko bencana banjir di sini, dan sejak 2014, kawasan pinggiran Sungai Perai tidak pernah  dilanda banjir.

"Kawasan pinggiran Sungai Perai dilanda banjir semalam (5 Jun 2016) disebabkan oleh pembuangan sampah-sarap di sungai tersebut," ujar David Marshel kepada pemberita, selepas melawat kawasan bencana di sini, semalam.

Susulan itu, David Marshel meminta JPS segera membaik pulih flash gate serta mempertimbang pemajuan projek penarafan tebatan banjir di sepanjang Sungai Perai, demi mengulangkan lagi risiko banjir di sini kelak.

"Saya telah meminta JPS membersihkan kawasan ini serta segera membaiki flash gate dalam tempoh masa tiga hari. 

"Untuk jangka masa panjang bagi mengelakkan banjir berlaku, MPSP telah meminta peruntukkan daripada JPS untuk membina 'ban banjir' di sepanjang kawasan pinggiran Sungai Perai, yang menelan kos perbelanjaan berjuta-juta ringgit," jelas beliau lagi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus