06 June 2016

Daya saing Malaysia jatuh 5 tangga, paling teruk dalam 9 tahun, respons Guan Eng



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Daripada 61 negara yang disenarai dalam Malaysia Competitiveness Yearbook 2016, daya saingan Malaysia pada tahun ini berada pada kedudukan ke-19, iaitu jatuh lima anak tangga berbanding ke-14 pada tahun lalu.

LIM Guan Eng, Setiausaha Agung DAP
Mengulas lanjut, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, negara kini berada pada keadaan yang paling teruk dalam tempoh sembilan tahun ini.

"Tahun 2008, kita (Malaysia) telah naik, tetapi sekarang telah turun...iaitu, keadaan yang paling teruk dalam sembilan tahun ini. 

"Ini, kita boleh lihat ekonomi teruk, macam mana rakyat susah, ada buat bisnes (tetapi) bisnes turun, yang makan gaji (tetapi) gaji tak cukup belanja," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan kepada pemberita di sini, petang tadi.

Guan Eng bagaimanapun berkata, Pulau Pinang masih menunjukkan daya saing berbanding Kerajaan Pusat dan beberapa negeri lain.

"Kita (Pulau Pinang) berharap bahawa anggota pentadbiran Kerajaan Negeri dapat menghargai insiatif dan juga hasrat baik Kerajaan Negeri dengan mengumumkan 'Bonus Raya' 0.75 bulan, suatu peningkatan berbanding 0.5 bulan pada tahun lepas (2015).

"Kerajaan Pusat pun belum umum lagi (bonus raya), mungkin RM500 lah," katanya ketika ditanya sama ada Kerajaan Pulau Pinang turut bimbang atau sebaliknya mengenai kedudukan daya saing terbaru negara.

Difahamkan, laporan Malaysia Competitiveness Yearbook 2016 mula menggamit perhatian banyak pihak apabila didedahkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, sebelum dilaporkan sekali lagi dalam tabloid The Edge Malaysia baru-baru ini.

Memetik laporan berita tersebut, kejatuhan harga minyak dunia, penyusutan nilai Ringgit Malaysia (RM) serta skandal kewangan negara membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan tiga faktor utama yang menyumbang pada daya saing Malaysia jatuh ke kedudukan ke-19 pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus