28 September 2016

50 peratus MyMAT sudah diedar - Dr. Afif

DR. Afif Bahardin (paling kanan) dan dua sukarelawan lain menjelaskan kepada seorang penduduk (dua dari kiri) di kediamannya dekat Flat Jalan Tenggiri, Seberang Jaya pada malam tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

GEORGE TOWN - Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin memberitahu lebih 2,000 alat perangkap nyamuk MyMAT berjaya diedar kepada penduduk di tiga lokaliti terpilih sejak bulan Jun lalu.

Menurut beliau, hasil kajian akan dibentangkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri kelak, selepas pelaksanaan projek perintis itu lengkap dalam tempoh enam bulan.

"Setakat ini, di kawasan (Flat Jalan Tenggiri dekat Seberang Jaya) yang kita edar MyMAT secara percuma ini masih belum terkena wabak.

"Lebih 50 peratus (unit MyMAT) telah pun diedarkan setakat ini," jelas Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya. 

Dr. Afif memberitahu acara edaran 300 unit MyMAT di sini pada malam tadi membabitkan anggota Jabatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Jalan Tenggiri, serta wakil Jabatan Kesihatan Negeri.

"Pencegahan terbaik adalah memastikan tempat pembiakan nyamuk di kawasan kediaman kita dimusnahkan.

"MyMAT ini adalah satu lagi kaedah yang kita lakukan, diharap dapat mencegah (penularan wabak) denggi dan virus zika," jelas Dr. Afif lagi.

Jun lalu, Kerajaan Negeri membelanjakan peruntukan sebanyak RM188,000 untuk edaran 4,700 unit mymat ke tiga kawasan projek perintis terpilih.

Selain Flat Jalan Tenggiri dekat Seberang Jaya, dua lokaliti projek perintis mymat lain adalah di Flat Seri Delima dekat Sungai Ara dan Taman Seri Damai dekat Batu Lanchang.

MyMAT atau 'Malaysia Mosquitoes Autocidal Trap' dipatenkan pada awal tahun 2000 lagi.

Alat perangkap nyamuk ini turut menyediakan platform pembasmi jentik-jentik dengan menggunakan racun seperti Bacillus thuringiensis (Bti) dan temophos (Abate).

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus