03 December 2016

Kenapa Mahathir pun bahas halal haram PAU 2017 makan RM2.6b?

“Kali ini mereka lupa sayang kepada bangsa, negara dan agama seperti perjuangan Umno di waktu ia ditubuh. Yang mereka ingat hanyalah duit itu raja. Dan mereka teruslah menyembah duit,” kata bekas presiden Umno Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Dua hari berturut-turut perwakilan PAU menyindir Tun Dr Mahathir sebenarnya Melayu yang mudah lupa. https://goo.gl/cSYekl

Bekas perdana menteri itu berkata, sebenarnya Melayu Umno yang lupa dan sanggup makan duit haram RM2.6 bilion yang dibawa masuk ke akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam bas menuju ke Kuala Lumpur lewat malam tadi, Sdr. Prakesh yang duduk di sebelah saya pun bertanya, kenapa pemimpin Melayu begitu ghairah dengan politik kepartian?

Sebenarnya saya juga ada soalan yang lebih kurang sama untuk ditanya - mengapa pemimpin Melayu tak tekun dengan idea-idea merombak struktur ekonomi yang lebih menguntungkan rakyat terbanyak?

Saya fikir Dr. Mahathir adalah orang yang faham birokrasi ekonomi kerana bekas perdana menteri itu berani berbelanja lebih untuk membina Putrajaya demi mewujudkan kesan berganda (multiplier effect) dalam ekonomi, ketika tanah air dilanda krisis kewangan yang teruk pada tahun 1997 dahulu.

Dan, cakap-cakapnya mengenai duit haram halal yang dimakan oleh perwakilan PAU itu kerana tahap pemikiran orang Melayu memang 'setara itu' sahaja.

Waktu kartunis terkenal Zunar bertandang ke Pulau Pinang, saya pernah bertanya - kenapa melukis gambar haram babi dan halal 2.6b 1MDB?

"Orang Melayu memang setahap itu intelektual mereka," seloroh Zunar di tapak pameran kartun ICT Mall dekat Komtar baru-baru ini.

Dalam fahaman saya, Zunar mungkin mencebik Umno semacam dalam PAU 2016 kini.

Perwakilan hanya menjadikan PAU sebagai medan mengganyang DAP dan 'beromen dalam cerah' dengan kepemimpinan tertinggi Pan Malaysian Islamic Party sahaja, selain menghentam Dr. Mahathir.

Prakesh yang berbual tadi dalam bas bertanya, bukan dalam "Konvensyen Pembangkang" juga menghentam Najib dan Umno tanpa solusi ekonomi.

Saya tak bercakap sebab orang Melayu kata, diam tanda setuju.

Setuju?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus