08 January 2016

Bank didakwa tekan pelanggan

PERSATUAN Pelanggan Perkhidmatan Kewangan Malaysia (Pebank) mendakwa beberapa institusi perbankan Islam di negara ini tidak mematuhi syariah dan menekan pelanggan.

Pengerusinya, Sheikh Abd Kareem Said Khadaied berkata, hasil kajian dijalankan pihaknya selama tiga tahun mendapati, terdapat banyak masalah yang dihadapi pelanggan perbankan Islam dari segi prinsip, kontrak dan pelaksanaannya.

“Kami telah teliti sebanyak 422 kes melibatkan institusi perbankan Islam dan kes ini masih lagi berjalan serta belum mendapat penyelesaiannya,” katanya pada sidang media sempena Seminar Kewangan & Perbankan Islam dan Perlindungan & Hak Pengguna di Kuala Lumpur.

Sheikh Abd Kareem berkata, antara penemuan hasil kajian itu, sebanyak 200,000 projek perumahan terbengkalai dicatatkan sejak 1990 hingga 2011.

“Kira-kira 60 peratus daripada jumlah itu merupakan peminjam daripada institusi perbankan Islam. Mereka dituntut pihak bank untuk membayar disbursement dan ada juga sesetengah bank tersebut membuat tuntutan sejumlah amaun yang tidak munasabah.

“Ia menyalahi prinsip Islam. Sepatutnya, dalam kes begini pengguna boleh mengambil tindakan terhadap bank kerana tidak dapat menyediakan rumah, sedangkan ia kepunyaan bank, namun kerana terbengkalai, bank gagal mendapatkannya,” katanya. - Sinar Harian

Asabiah PAS-Umno bukan ajaran Islam lagi...

Pelaburan ke Pulau Pinang RM8.2 bilion pada tahun 2014 dan ketiga tertinggi di Malaysia, lapor MIDA.

Kelantan di tangga ke-11 di atas Perlis, dengan pelaburan RM1.2 bilion sahaja. FDI 'zero' pada tahun 2014.

Islam agama yang memajukan ummah.

PAS perlu buktikan bahawa mereka berjuang di pihak Islam dengan memajukan ekonomi ummah.

Bercakap mengenai Islam bukan bermakna berjuang Islam.

Semacam Abdul Hadi Awang pun bercakap Islam, tetapi cenderung pada asabiah zalim. (Rujuk Al-Quran, 11:113)

Abdul Hadi cenderung pada kezaliman Najib Razak dan itu nyata bertentangan dengan maksud Islam yang sebenar.

Ajaran Islam yang sebenar antaranya mengutamakan hal pemajuan semula kediaman mangsa banjir dua tahun lalu.

Menambah bilangan kereta mewah peribadi atau menggunakan dana awam pergi melancong ke luar negara bukan di bawah maksud kemajuan yang diutamakan dalam Islam.

Jangan kerana kegagalan PAS dalam politik asabiah melampau bersama Umno belakangan ini, mahu dinisbahkan kepada Islam pula.

Baca artikel Buang ikatan agama jika nak maju, PAS jawab 'maaf ya'

GERAKAN dengki kerjasama Umno-PAS...

Barangkali GERAKAN dengki dengan kebersamaan DAP, PKR dan Amanah dalam Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Mungkin juga GERAKAN berasa kian tersisih dalam Barisan Nasional apabila Najib Razak dan Abdul Hadi Awang saling berhasrat untuk bekerjasama.

Najib mempertahan kedudukannya. Abdul Hadi bertegas dengan pendirian PAS mahu melaksanakan Hudud. Apa ketegasan GERAKAN?

Rakyat Malaysia kian bijak. Mereka tahu Najib memperkuda Melayu dan kepentingan negara untuk dirinya.

Abdul Hadi memperkuda Islam dan Hudud untuk meraih kuasa.
GERAKAN sahaja masih tak jelas hala tujunya.

Ada isu yang lebih penting, GERAKAN sokong atau tidak 1MDB menjual projek pembangunan bandar Malaysia kepada syarikat asing berkaitan China?

Kenapa diam? GERAKAN berjuang untuk rakyat atau masih menjadi hamba politik Umno?

GST hanya selamatkan Najib, tegas Guan Eng

KETUA Menteri dalam ucapannya berharap GST akan mendorong rakyat tidak lagi menyokong kepemimpinan UMNO BN di PRU14 nanti.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Cukai Barangan & Perkhidmatan  (GST) yang didalih menyelamatkan rakyat Malaysia, sebenarnya hanya menyelamatkan politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ekonomi negara kian parah, dengan nilai Ringgit Malaysia kian menyusut lagi.

"Semua orang jatuh (susah). Apabila satu orang tak susah, semua orang jatuh susah.

"Nilai Ringgit  (Mlaysia) menyusut pada 4.43 berbanding dolar AS, adakah ia bernilai lagi," tanya Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP Kebangsaan pada Sidang Kemuncak Hartanah Antarabangsa Pulau Pinang 2016 di sini hari ini.

Hari ini, Najib dilaporkan berdalih GST menyumbang pada pendapatan negara.

Menurut Presiden Umno itu, GST turut disifatkan sebagai penyelamat kewangan Kerajaan BN Pusat, serta ekonomi tanah air.

Bulan lalu, kutipan bersih GST diunjurkan berjumlah RM27.126 bilion, daripada hasil kasar sebanyak RM37.67 bilion.

Dianggarkan hasil bersih GST akan meningkat kepada RM39 bilion tahun ini.

Guan Eng puji MPSP catat surplas tiga tahun berturut-turut sehingga 2014

KETUA Menteri dan para Exco Kerajaan Negeri merakamkan gambar kenang-kenangan dengan barisan Ahli Majlis MPSP 2016 di sini,  pagi tadi. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

SEBERANG JAYA - Selepas tujuh tahun mengalami defisit sebelum 2008, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mencatatkan lebihan kewangan sebanyak RM4.15 juta pada tahun 2012, RM2.74 juta untuk tahun 2013 dan RM0.17 juta untuk tahun 2014.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, tadbir urus berdasarkan Belanjawan Berasaskan Hasil (OBB) dalam tadbir urus kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan diharap mampu mengekalkan rekod surplas pada masa hadapan.

"Daripada membina tiang bendera paling tinggi di dunia dengan RM1 juta, lebih baik membelanjakan peruntukan itu untuk membina jalan raya.

"Yang dimaksudkan dengan 'Outcome-Based Budgeting' di sini adalah membelanjakan dana pada suatu projek yang lebih memberi impak kepada rakyat," jelas Guan Eng pada Majlis Angkat Sumpah Dan Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MPSP 2016 di sini, pagi tadi.

Majlis yang dilangsungkan di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini turut disertai oleh Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Dato' Maimunah Mohd. Sharif (Yang di-Pertua MPSP) dan Sr. Rozali Mohamud (Setiausaha Majlis MPSP).

Hampir semua Exco Kerajaan Negeri menyertai majlis tersebut.

Mengulas mengenai OBB, Guan Eng memberitahu MPSP sanggup mengambil alih 100 peratus pengurusan pembersihan sisa pepejal pada tahun 2015 sungguhpun terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi, kerana langkah itu akan memberi peluang kerja awam kontrak kepada warganegara sahaja.

"Berbanding tahun 2011, memang kita terpaksa menanggung kos lebih 50 peratus apabila mengambil alih 100 peratus pengurusan sisa pepejal, tetapi itu lebih memberi impak kerana semua pekerja am kontrak adalah warganegara, bukan lagi buruh asing.

"Inilah yang dimaksudkan dengan 'Outcame-Based Budgeting' iaitu perbelanjaan yang kita (MPSP) buat turut memberi manfaat kepada warganegara, bukan lagi pekerja-pekerja asing daripada syarikat swasta yang dilantik oleh MPSP," jelas Guan Eng.

Sumber: MPSP
Direkodkan, kos pembersihan 2011 termasuk dengan pengambilan buruh asing secara kontrak keseluruhannya sebanyak RM48,668,435.

Selepas MPSP mengambil alih 100 pengurusan sisa pepejal dengan 100 peratus pekerja am kontrak bertaraf warganegara, kos meningkat sebanyak 54.5 peratus atau kira-kira RM26,546,363 menjadi keseluruhannya berjumlah RM75,214,797.

Sebelum itu Maimunah mendedahkan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) bagi projek pembangunan hartanah yang diluluskan oleh MPSP pada tahun 2012 berjumlah RM2,512,956,400, diikuti RM1,669,385,182 (2013) dan RM483,880,000 (2014).

"Bagi tempoh Januari hingga November 2015 pula, GDV yang dihasilkan berjumlah RM826,300,000," tambah Maimunah.

Di bawah Kerajaan Negeri era Barisan Nasional sebelum tahun 2008 dahulu, MPSP mencatatkan defisit selama tujuh tahun berturut-turut, kira-kira RM230 juta.

Dr. Amar Pritpal Abdullah, 57, yang baru dilantik menjadi Ahli Majlis semasa ditemui kemudian memberitahu pihaknya akan memberi fokus pada '9 Fokus MPSP 2016'.

"Fokus saya, kebersihan dan mengadakan aktiviti rakyat, termasuk menyediakan kemudahan sukan," kata beliau yang juga doktor perubatan di sebuah klinik swasta di Sungai Bakap.

Seorang lagi Ahli Majlis baharu, Ong Jing Cheng, 32, memberitahu beliau akan bekerjasama dengan agensi negeri, Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) serta Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon dalam memperkuasakan upaya komuniti.

"Saya akan meneruskkan projek-projek yang telahpun dijalankan oleh Kerajaan Negeri seperti Belanjawan Bertanggungjawab Gender (GRB) di Flat Ampang Jajar umpamanya.

"Di sini, saya akan teruskan agenda memperkuasakan rakyat dalam menentukan keutamaan belanjawan peringkat PBT seperti sebelum ini," jelas beliau yang juga bekas pemimpin mahasiswa.

Berikut adalah Senarai Ahli Majlis MPSP Sesi Tahun 2016 yang dimasyhurkan pada pagi tadi:

1. Mohd. Shaiphol Is mail (DAP)

2. Zulkifli Ibrahim (PKR)

3. Muhamad Suzuki Ahmad (Amanah)

4. Ahmad Tarmizi Abdullah (NGO)

5. P. David Marshall (DAP)

6. H'ng Mooi Lye (DAP)

7. Mohd. Sharmizan Mohamad Noor (PKR)

8. M. Satees (DAP)

9. Siti Nur Shazreen Mohd. Jilani (DAP)

10. Tan Chee Teong (DAP)

11. Micheal Tan Cheng Henh (DAP)

12. Tan Chong Hee (DAP)

13. Dr. Tiun Ling Ta (NGO)

14. Wong Chee Keet (NGO)

15. Zaini Awang (PKR)

16. Alias Wan Chek (PKR)

17. Amar Pritpal Abdullah (PKR)

18. Anuar Yusoff (PKR)

19. Goh Choon Aik (PKR)

20. Heng Yeh Shiuan (DAP)

21. K. Kumar (DAP)

22. Ong Jing Cheng (PKR)

23. Shuhada Abdul Rahim (PKR)

24. Zulkiply Ishak (Amanah)

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus