14 January 2016

Demi rakyat, Exco alu-alukan projek rumah PR1MA ke Pulau Pinang

JAGDEEP Singh Deo

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PANTAI JEREJAK – Kerajaan Negeri mengalu-alukan dua permohonan Kerajaan Pusat untuk membina rumah mampu milik di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (P1MA) di Pulau Pinang baru-baru ini.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo memberitahu dua permohonan itu sebenarnya adalah susulan pada mesyuarat beliau dengan pegawai Perbadanan PRIMA Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu.

"Kami menerima permohonan pada Disember tahun lalu bagi dua projek perumahan mampu milik di bawah PR1MA di Batu Ferringhi dan Bukit Gelugor, dengan sejumlah 2,644 unit," kata Jagdeep pada Sidang Kemuncak Hartanah Pulau Pinang 2016 di Subterranian Penang International Conference & Excibition (sPICE) di sini, 8 Januari lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, kedua-dua projek tersebut masih perlu mematuhi syarat-syarat teknikal berwajib, yang digariskan oleh Kerajaan Negeri serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

"Kami sedang menunggu pelan cadangan daripada PR1MA bagi kedu-dua projek ini dan permohonan mereka itu akan dipertimbang kelulusannya, jika memenuhi syarat-syarat pemajuan rumah mampu milik yang telahpun ditetapkan," jelas Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat.

Dalam perkembangan berkaitan, Jagdeep memberitahu, terdapat 12 projek perumahan yang terdiri oleh 22,512 unit rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah mampu milik sedang dan akan dibina di kelima-lima daerah di negeri ini.

Jelasnya lagi, fasa pertama pemajuan projek Bandar Cassia di daerah Seberang Perai Selatan, dengan sejumlah 520 unit rumah mampu milik dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

(Dari kiri, depan) ROSLI Jaafar, Ketua Menteri, Jagdeep Singh Deo dan Ong Ban Seng di gerai pameran PDC di sini baru-baru ini.

Serentak dengan pameran hartanah selama tiga hari, persidangan tahunan kali yang kedua baru-baru ini dirasmikan oleh Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I merangkap ADUN Pantai Jerejak, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Dato' Maimunah Mohd. Sharif (Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) dan Dato' Dato' Rosli Jaafar (Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, PDC).

Pemaju Ideal Properties, Dato' Alex Ooi, Dato' Toh Chin Leong (Pengurus Besar Kanan IJM Land), Micheal Geh (Sr Partner of Rain & Home International), Dato' Finn Choong Khuat Seng (Convenor Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan Hartanah dan Pembinaan bagi Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang), Dr. Noraini Abdullah (Pengarah Urusan Asia Global Business Sdn. Bhd.), Tengku Dato' Idaura Ibrahim (bekas Timbalan Pengurus Besar PDC) dan Dato' Ong Weng Soon (Naib Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang) dan Ong Ban Seng (Pengarah Penganjur Persidangan) antara tokoh yang hadir pada persidangan kali ini.

Sidang Kemuncak Hartanah Pulau Pinang 2016 yang melibatkan Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) merupakan antara usahasama Kerajaan Negeri untuk menangani cabaran semasa berkaitan pembangunan hartanah serta kepentingannya untuk rakyat Malaysia di Pulau Pinang.

P.Pinang jual tanah untuk FDI sahaja, Guan Eng respons fitnah portal pro Umno

KETUA Menteri.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, 20 ekar tanah dekat kawasan perindustrian Batu Kawan yang dijual kepada Jabil Circuit dari Amerika Syarikat adalah untuk tujuan pelaburan.

Penjelasan itu sekaligus menyanggah dakwaan pihak tertentu kononnya Kerajaan Negeri pun seperti 1Malaysia Development Berhad yang didedah menjual projek pembangunan bandar Malaysia kepada syarikat asing dari China demi melangsaikan hutang luar kawalan syarikat pelaburan Kerajaan Pusat itu.

“Setiap negeri di Malaysia secara aktif meningkatkan usaha mereka untuk mendapatkan lebih banyak pelabur ke negeri masing-masing. 

“Pulau Pinang tidak ketinggalan melalui usaha-usaha Kerajaan Negeri menarik pelabur langsung asing ke sini. 

“Jika pelaburan ini (Jabil Circuit) tidak dibenarkan dan salah, maka semua Zon Perindustrian Bebas seperti di Kulim, Kedah dan Iskandar, Johor juga perlu ditutup kerana mereka juga melakukan perkara yang sama bagi mendapatkan FDI,” kata Guan Eng kepada wartawan di Kompleks Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di sini baru-baru ini.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam berkata demikian selepas berucap pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru 2016, anjuran PDC. 

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Prof. Dr. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), barisan Exco Kerajaan Negeri dan Datuk Rosli Jaafar (Pengurus Besar PDC). 

KETUA Menteri (tengah) serta pemimpin Kerajaan Negeri pada majlis di sini baru-baru ini.

Tambah Guan Eng, penjualan tanah untuk tujuan pelaburan sekaligus turut mencipta lebih 2,500 peluang pekerjaan mahir dalam pelbagai industri dalam tempoh lima tahun akan datang di negeri ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan turut menyanggah laporan portal berita pro Umno, MyKMU yang menuduh Kerajaan Pulau Pinang turut menjual sebidang tanah di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas kepada syarikat asing dari Singapura. 

“Mendapatkan pelaburan untuk mewujudkan pekerjaan bukanlah mainan hartanah.

“Begitu juga Temasik Holdings Berhad yang akan membangunkan Projek Perdana Penyumberan Luaran Proses Perniagaan (BPO). 

"Ia bagi meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan sektor perkhidmatan di Pulau Pinang iaitu tambahan kepada sektor pembuatan sedia ada,” jelasnya. 

Dalam kenyataan berasingan, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow menjelaskan Jual tanah di P.Pinang untuk FDI, bukan langsai hutang macam 1MDB.

Exco Perumahan harap Tribunal Pengurusan Strata berfungsi lebih baik

ANTARA Ahli-ahli JMB dan MC yang hadir pada Seminar Pengurusan Bangunan Berstrata Kepada JMB dan MC Bagi Tahun 2015 di peringkat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) baru-baru ini.

BAYAN BARU - Exco Perancangan Bandar & Desa dan Pengurusan, Jagdeep Singh Deo berharap penubuhan Tribunal Pengurusan Strata baru-baru ini mampu berfungsi dengan lebih baik demi keharmonian penduduk di Pulau Pinang.

“Kita harapkan penubuhan tribunal ini akan berfungsi dalam memastikan kesejahteraan komuniti perumahan berstrata di negeri ini,” kata Jagdeep kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat itu berkata demikian selepas berucap pada Siminar Pengurusan Bangunan Berstrata Kepada JMB dan MC Bagi Tahun 2015 Peringkat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Hadir sama, Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik, Dato' Patahiyah Ismail (Datuk Bandar MBPP), serta ketua-ketua jabatan bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan dan wakil agensi Kerajaan.

JAGDEEP Singh Deo (berbaju batik) ditemani oleh Patahiyah Ismail (dua dari kanan) dan Ng Wei Aik (kanan) sekali merakamkan gambar bersama selepas penganjuran Seminar Pengurusan Bangunan Berstrata Kepada JMB dan MC Bagi Tahun 2015 di peringkat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) baru-baru ini.

Menurut Jagdeep, penubuhan tribunal tersebut merupakan antara elemen penambahbaikkan dalam Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), sejak dikuatkuasakan di seluruh negara pada 1 Jun tahun lalu, dan mula dikuatkuasakan di Pulau Pinang 12 hari kemudiaan.

“Di antara elemen-elemen lain yang telah ditambahbaik adalah penetapan harta bersama ditanda atas pelan strata, penetapan formula unit syer, pemaju diwajibkan untuk mengemukakan jadual petak (schedule of parcel) dan banyak lagi penambahan lain,” ujarnya.

Sebelum itu, Patahiyah memberitahu terdapat 1,223 skim pemajuan yang berjumlah 182, 498 petak direkodkan oleh MBPP setakat 30 September 2015.

“Sehingga kini, terdapat 240 skim pemajuan berstrata di bawah pentadbiran MBPP yang telah menubuhkan JMB.

“Manakala, 632 skim pemajuan telah berjaya menubuhkan MC. Oleh itu, jumlah keseluruhan badan pengurusan yang telah ditubuhkan JMB atau MC adalah sebanyak 872 skim,” ujarnya.

Difahamkan, Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) digubal lalu diwartakan bagi menggantikan Akta 663 atau Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggraan dan Pengurusan) 2007.

Akta baru itu antara lain membolehkan kedua-dua tuan tanah serta penyewa untuk dibawa ke mahkamah, berbanding akta lama yang membenarkan tindakan ke atas tuan tanah.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus