17 January 2016

Perlu dana RM1,280 biaya bedah tempurung otak



PasMa Pulau Pinang
17 Januari 2016

GEORGE TOWN - Kemalangan sebagai pembonceng motosikal pada 11 Oktober tahun lalu di Sungai Batu dekat Balik Pulau mengakibatkan sebahagian tempurung otak Muhammad Nazirul Nazmi bin Johari, 9, pecah dan terlantar di atas kerusi roda sehingga kini.

Ibunya, Norilam binti Omar memberitahu pembedahan susulan dijadualkan pada awal Februari ini di Hospital Pulau Pinang.

"Pembedahan pertama pada 13 Oktober lalu. Pembedahan kali kedua ini memerlukan RM1,280 untuk kos bedah (serta) beli klip untuk tempurung otak anak saya, dan perlu bantuan untuk kos ini," jelas Norilam semasa ditemui di rumahnya baru-baru ini. 

Difahamkan, Muhammad Nazirul Nazmi hilang ingatan, hingga ibu dan ayahnya, Johari bin Ismail @ Othman tidak dikenalinya.

Hingga saat ini,  pelajar Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Seri Bayu itu tidak dapat mengurus dirinya, hingga makanan hadam terpaksa disalurkan melalui saluran alternatif yang ditebuk di lehernya.

Selain mencari dana perubatan untuk pelajar itu, Pengerusi Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim pula berkata NGO-nya akan cuba mendapatkan peruntukan membeli pampers dll daripada sumber zakat.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus