27 January 2016

ADUN Jawi gesa Kementerian cukupkan pili bomba berkualiti

SOON Lip Chee (kanan) dan Toh Kian Kok menunjukkan unit pili bomba yang menjadi mangsa vandalisma di ADUN Jawi, selepa sidang media di sini baru-baru ini.

JAWI – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempat diminta membekalkan pili air bimba yang berkualiti dan mencukupi untuk seluruh Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee memberitahu, langkah itu penting demi mengelak masalah teknikal sebagaimana dalam kejadian kebakaran sebuah kilang pada tahun 2013.

“Saya masih ingat satu kebakaran kilang berlaku di Jalan Changkat pada tahun 2013, anggota-anggota bomba perlu mengambil air dari sungai berdekatan disebabkan lokasi kebakaran tidak mempunyai pili bomba dan ini telah melambatkan kerja-kerja pemadaman api pada ketika itu,” ujar beliau pada satu sidang media berkenaan masalah pili bomba baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pasukan Pasukan Bomba Sukarela Nibong Tebal, Toh Kian Kok turut menyertai lawatan meninjau keadaan pili bombang di sini.

Menurut Lip Chee, lebih kurang 800 pili bomba di JAWI, tidak meliputi semua kawasan serta agak terhad di kawasan pekan lama dan kampung.

“Jawi mempunyai lebih kurang 800 unit pili bomba. Kebanyakan pili bomba ini dipasang di taman perumahan baru dan kuantitinya jauh lebih banyak berbanding dengan pili bomba yang dipasang di kawasan luar bandar.

Pada sidang media sama, Kian Kok memberitahu pili bomba yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan di Jawi malah tidak seimbang dari segi penempatan.

“Walaupun pasukan kami telah banyak kali membuat permohonan penambahan pili bomba baru dengan pihak jabatan bomba, tetapi permohonan ditolak dengan sebab peruntukan tidak mencukupi,” ujar beliau.

Selain manjadi bomba sukarela di kawasan Jawi, Kian Kok memberitahu, pasukannya senantiasa mengambil berat tentang penyelenggaraan setiap pili bomba dengan melakukan pemeriksaan serta pembersihan berkala.

Tamu Lorong Kecil (02)

JANJI

Telur rebus yang  berbelah dua tak disentuh. Laksa dan kuah pun tak bersentuh. Sekali sekala air kopi hitam pekat dalam cangkir dikacau, tapi tak jua disudu ke mulut.

"Kalau abang suka laksa dan kopi hitam di lorong kecil ini,  sentuhnya  tidak," seloroh Mona. Mona tahu Dia tak pernah putus asa. Walaupun tidak pernah dilafaz qasad hati, wajahnya tidak diam. Pernah dipujuk meninggalkan lorong kecil ini, tidak kata Mona.

Sejak itu, Dia tidak lagi mengajak. Dia datang dan setia di Lorong Kecil ini. Kalau Mona tidak menemanpun, semangkuk laksa dan secangkir kopi hitam ada di atas meja.

"Sebab Mona," ulang Dia membalas seloroh Mona. Masing-masing ketawa kecil, seperti sebumbung. Berkawan tanpa ada kepentingan, tidak seperti ahli politik di gigi kekuasaan.

"Mona berkereta, ada geran?" tanya Dia lagi. Katanya, Mona perlukan kereta dan bukan perlukan geran.

Terkebil Mona. Hal laksa dan kopi pun masih belum semua dijawab, terbang melayang ke hal kereta pula.

"Mona tak faham maksud Abang. Beli kereta memanglah ada geran," sambung Mona lagi. Mona nampak tertanya-tanya. Kenapa abang bertanya sebegitu.

Dia lihat Mona. Redup. Mona menyelak rambut yang menutup wajahnya. Tanda bersedia untuk menjamah kata-kata daripada Dia.

"Geran itu tanda ada ikat janji. Dengan kereta pun ada ikat janji, Mona bekerja di Lorong Kecil ini tanpa apa pun ikat janji," kata Dia.

Mona tunduk, bukan marah. Gadis itu faham bahawa hatinya sedang disentuh Dia. Dia bercakap memang mudah, mudah menyentuh Mona.

"Cakap, cakap juga. Sejuk laksa dan kopi tak disentuh lagi," balas Mona menyembunyikan rasa. Mereka saling senyum dan menikmati makanan  di meja.

Dia pun makan laksa sambil bersulam kopi di mejanya, mengejar Zuhur yang kian pergi berlalu.


Tamu Lorong Kecil (01)

LORONG KECIL

Tiap-tiap tengah hari, waktu dalam jam 12.30, di situlah tempat dia berkelana. Tidak kira waktu menggelegak merah atau mendung disusuli renyai hujan, dia tetap setia di meja itu kerana ada kanvas kecil membumbung bertongkat buluh lama. Di atas meja segi empat itu ada secanggih kopi pekat dan laksa semangkuk.

Fikirannya  melayang. Melayang ditiup angin yang datang sekali sekala menyaman haba muka. Masih jelas muka Mona. Perempuan yang dia kenal di meja makan. Sepasang mata yang cantik, wajah membujur sireh, lebih ayuh bersembunyi di sebalik rambutnya yang hitam berbelang merah inai.

"Selalu Mona bertandang ke sini," dia bertanya mengail rasa untuk kenal lebih dekat gadis seusia awal 20-an, dari Senadin Bumi Kenyalang.

"Abang..." pendek saja respons Mona. Mungkin mahu menjamah laksa.

Mona tahu lelaki di depannya itu bekerja di Kota,  tempat pegawai dan ahli politik menggigit kuasa. Lihat pada baju seragam warna biru air laut dengan jata Pulau Mutiara pun, tahu, kalau tidak pion, pegawai Kerajaan.

Kalau tidak pada 24 hari bulan, hari ke-25, lelaki bertubuh gempal dan sedikit bongkok tempurung itu akan bertandang di meja laksa itu.

"Apa istimewanya dengan laksa ini," tanya Mona sambil mengais 'sampah sarap' dalam kuah laksa itu. Sekali sekala, Mona melempar senyuman, anak matanya cantik tetapi tak jelas kelihatan ditiraii anak rambut. Sambil menyulam air, Mona senyum lagi. Dia senyum kerana lelaki di depannya seakan masih mendamba kata-kata  yang lebih istimewa.

Dia menarik nafas panjang. Dia menyebut, "Sebab Mona..."

Allah Akbar...Allah akbar...Zuhur.

Astaghfirullah


Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus