Skip to main content

Posts

Showing posts from January 28, 2016

Mitigasi 'Bukit Botak' dipercepatkan, jangka siap Jun – Kon Yeow

BATU UBAN - Kerja-kerja mitigasi untuk kestabiloan struktur di atas 'Bukit Botak' akan dipercepatkan dan dijangka siap pada bulan Jun ini.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow bagaimanapun berkata, aspek keselamatan akan tetap diutamakan dalam memulihara semula 'Bukit Botak' atau Bukit Relau dekat Batu Uban di sini.
“Antara projek mitigasi yang sedang berjalan ialah membina saliran longkang, menambahbaik kolam enapan sedia ada dan kolam baharu, membina longkang sementara, penanaman rumput di cerun bukit, perlaksanaan kerja penstabilan cerun.
“Kerja-kerja mitigasi penstabilan struktur dijangka siap sekurang-kurangnya pada Jun 2016 dengan menelan belanja hampir RM50 juta dari pemilik tanah General Accomplishment Sdn. Bhd.,” ujar Kon Yeow pada sidang media di puncak bukit berkenaan baru-baru ini.
Menjelawab soalan pemberita, beliau memberitahu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) masih belum mempunyai rancangan pembangunan di atas …

Guan Eng anggap lulus TPPA 'hari yang pahit' buat rakyat

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menganggap usul Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam sebagai "hari yang pahit" untuk semua rakyat Malaysia.
Katnya, Kerajaan Persekutuan yang dikuasai oleh Barisan Nasional perlu bertanggungjawab, sekiranya TPPA memberi kesan berantai yang buru kepada rakyat terbanyak kelak.
"Saya rasa ini satu hari yang pahit untk ramai (orang) di Malaysia, khususnya kepada rakyat biasa yang akan menanggung kesannya.
"Sekiranya harga ubat naik umpamanya, saya harap semua rakyat ingat bahawa ini kerana TPPA, kesan ini BN kena tanggung," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan kepada pemberita di Komtar di sini petang tadi.
Melalui proses undian secara blok, 127 Ahli Parlimen BN menyokong usul tersebut, manakala 84 lain menolak. Majoriti, 43 undi sahaja.
Kira-kira 30 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan isu tersebut, dalam sidang khas s…

Tanpa GST pun Pulau Pinang 'untung' 2014, Guan Eng respons pengubahsuaian Bajet 2016

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Mengekalkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 6 peratus dalam pengubahsuaian Bajet 2016 yang dibentangkan pada hari ini, didakwa untuk 'menyelamatkan' tadbir urus kewangan Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata.
Tanpa hasil GST, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu kedudukan kewangan Kerajaan Pulau Pinang pada tahun 2014 masih mencatatkan keuntungan tertinggi dalam tempoh empat tahun ini.
"Sungguhpun tanpa GST, kita (Kerajaan Negeri) masih mempunyai lebihan (surplas) tiap-tiap tahun.
"GST bukanlah 'menyelamat' ekonomi Malaysia, GST 'menyelamat' Kerajaan daripada bankrap mungkin lah, tetapi ia (GST) amat memudaratkan kehidupan rakyat Malaysia dan ekonomi.
"Semata-mata untuk menyelamatkan Kerajaan BN (Pusat) yang salah tadbir urus ekonomi, itulah sebabnya mereka kenakan (melaksanakan) GST," jelas Guan Eng yang ju…

Guan Eng harap Pusat lulus TMP demi kepentingan nasional

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG PERAI - Demi kepentingan nasional, Kerajaan Pusat diharap meluluskan permohonan Kerajaan Negeri untuk merealisasikan Pelan Induk Pengangkutan (TMP) bernilai kira-kira RM27 bilion di Pulau Pinang.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian pelan menangani masalah kesesakan trafik serta meningkatkan mutu pengangkutan awam secara bersepadu itu akan dilaksanakan mulai tahun 2017 hingga 2030, serta memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di negeri ini sehingga tahun 2050.
"TMP dibiayai 100 peratus oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat satu sen pun tak keluar (peruntukan).
"Sungguhpun dibiayai oleh Kerajaan Negeri melalui hasil tambak laut di Selatan (bahagian) Pulau, tetapi, kerana di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat, kita mesti dapat kelulusan mereka (Kerajaan Pusat).
"Kita (Kerajaan Negeri) harap, demi kepentingan rakyat dan nasional, walaupun Kerajaan Pusat tidak perlu keluarkan wang (peruntukan), mereka boleh berikan kelu…