03 February 2016

Ternak ikan dalam sangkar hasil RM1.2 bilion setahun, Guan Eng puji sumbangan penjawat awam

KETUA Menteri (berdiri, paling kiri) menyampaikan amanat dalam Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Pulau Pinang, sementara seorang wartawan Kerajaan Negeri lain (berdiri, paling kanan) di pentas utama sedang merakamkan mencari sisi pandang untuk merakamkan gambar di sini pada pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kegigihan beberapa agensi kerajaan memudahkan proses permohonan untuk mewujudkan aktiviti penternakan ikan dalam sangkar sejak tahun 2008 di Pulau Pinang, kini membawa hasil kasar mencecah RM1.2 bilion setahun.

Justeru, Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng menyeru semua penjawat awam supaya terus meningkat mutu pelanggan, yang nyata turut menyumbang pada penjanaan ekonomi rakyat.

"(Sebelum tahun) 2008, Pulau Pinang tak ada satupun sangkar ikan di atas laut, sekarang kita ada lebih 300 (sangkar ikan atas laut), dengan (hasil kasar) RM1 bilion hingga RM1.2 bilion.

"Kita (Kerajaan Negeri) tidak membuat sebarang pelaburan (dalam industri sangkar ikan).

"Tetapi, kita (Kerajaan Negeri) boleh lihat, sekiranya kita kurangkan birokrasi dan tingkatkan keberkesanan (mutu pelanggan), hasil yang diterima oleh negeri dan rakyat lebih besar.

"Sampai (pelanggan) dari Perak pun datang kerana proses permohonan yang begitu mudah, terus tiga bulan boleh dapat jawapan (permohonan), tak payah melalui orang tengah," jelas Guan Eng pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam di Hotel Jen, pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Farizan Darus turut berucap pada majlis rasmi itu.

Hadir sama, barisan Exco Kerajaan Negeri serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Pulau Pinang.

Tegas Guan Eng, impian menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri bertaraf antarabangsa sebenarnya bergantung pada mutu perkhidmatan para penjawat awam.

"Kalau kita mahu Pulau Pinang dilihat menjalankan tranformasi sebagai sebuah negeri bertaraf antarabangsa, dan ini hanya dapat berjaya dilaksnaakan sekiranya warga perkhidmatan awam jua bertaraf antarabangsa," jelas Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan.

Selain itu, Guan Eng menjelaskan Kerajaan Negeri mencatatkan lebihan belanjawan sungguhpun tidak mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmayan (GST) untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan untuk rakyat, sebagaimana yang diamalkan oleh Kerajaan Pusat sampai sekarang.

"Lebihan belanjawan (surplas) terkumpul sepanjang tujuh tahun daripada 2008 hingga 2014 sebanyak RM507.12 juta, (iaitu) jauh melebihi lebihan belanjawan 50 tahun sebelum ini (1957 hingga 2007) semasa Kerajaan Negeri di bawah Barisan Nasional," jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam. 

Tambahnya, perincian lebihan belanjawan yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2008 sebanyak RM87.99 juta, diikuti RM77.34juta (2009), RM33.54 juta (2010), RM138.31 juta (2011), RM114.47 juta (2012), RM1.3 juta (2013) dan RM54.17 juta (2014).

Sebelum itu, Farizan menggesa ketua-ketua jabatan supaya bertindak lebih tegas ke atas penjawat awam yang melakukan kesalahan berat, termasuk digantung tugas hatta dibuang kerja.

Jelasnya, seramai 53 orang dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tahun lalu atas pelbagai kesalahan, termasuk yang terjebak dengan najis dadah.

"Seramai 13 daripada mereka adalah di bawah Jabatan Negeri dan baki seramai 40 adalah di (bawah) Pihak Berkuasa Tempatan," jelas Farizan.

Katanya lagi, 34 daripada 54 penjawat awan berkenaan telahpun dibuang kerja, manakala baki lain dikenakan pelbagai hukuman seperti turun gaji serta menangguhkan kenaikan gaji.

Krisis MB Kedah, Guan Eng enggan ulas sehingga istiadat angkat sumpah berlaku

KETUA Menteri Pulau Pinang.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng enggan mengulas lanjut sehinggalah istiadat majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah yang baharu berlaku.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, dan akan diganti oleh Datuk Ahmad Bashah Md. Hanapiah esok.

"Sekurang-kurangnya saya perlu memastikan apakah keadaan yang sebenar di Kedah kerana ada orang cakap kedudukan sokongan (ADUN Kedah) sekarang 17:17 dan masih ada dua (ADUN) 'berkecuali'.

"Kita pun tidak tahu apakah sebenarnya yang sedang berlaku...sungguhpun telahpun diumumkan, kita tunggulah (istiadat majlis) angkat sumpah," jelas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kepada pemberita dekat Komtar di sini, tengah hari tadi.

Semalam, Mukhriz yang juga anak mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, selepas kira-kira dua minggu krisis politik kepartian melanda negeri berkenaan.

Dalam kenyataannya, Mukhriz dilaporkan meleparkan sinis kepada Ahmad Bashah, yang disebut-sebut sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

"Jangan lena masa angkat sumpah,” sinis Mukhriz di Wisma Darul Aman dekat Alor Setar.

Memetik sumber portal berita Malaysiakini, Mukhriz mengumumkan keputusan untuk berundur selepas dimaklumkan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti ADUN di negeri ini.

21 ADUN BN dan 15 ADUN pembangkang di DUN Kedah telah menyuarakan pandangan mereka kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada hari Isnin dan Selasa lalu.

Pelantikan Ahmad Bashah sebagai menteri besar Kedah yang baru diumumkan dalam satu sidang media khas, oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din pagi ini.

Mengulas mengenai perkembangan terbaru di Kedah itu, Guan Eng dalam sidang media berasingan meminta semua pihak supaya menghormati protokal Istana Kedah, serta tidak membuat sebarang andaian.

Ulang Guan Eng lagi, jalan demokrasi terbaik dalam krisis itu adalah dirujuk pada DUN Kedah sendiri.

"Saya mengulangi pendirian parti DAP yang telahpun diumumkan pada minggu lepas, sekiranya kita nak hormati demokrasi, jalan keluar yang paling baik ialah untuk kembali kepada Dewan Undangan Negeri.

"Biar suatu usul tak percaya dibentangkan, dan biar (anggota) Dewan Undangan Negeri yang memutuskan," jelas Guan Eng yang juga ADUN Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan.

Perjanjian tebus guna 60 ekar tanah didedah 4 Feb., umum Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang

KETUA Menteri Lim Guan Eng (paling kanan) dan Farizan Darus (dua dari kanan) dalam Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Kerajaan Pulau Pinang di Jen Hotel dekat Komtar, di sini. | Foto: FB Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Perjanjian tebus guna 60 ekar tanah berwajib yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri hari ini akan didedah kepada orang awam pada Rabu (esok), 4 Februari, mulai jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang di Tingkat 3 dekat Komtar di sini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Farizan Darus bagaimanapun berkata, pendedahan dokumen perjanjian yang dimeterai pada 11 November 2011 itu masih tertakluk pada FOI atau Enakmen Kebebasan Maklumat, 2012.

Berdasarkan enakmen itu, katanya, mereka yang ingin melihat dokumen tersebut mestilah terlebih dahulu mengisi borang permohonan tertentu.

FARIZAN Darus pada sidang media, pagi tadi.
"Seperti terkandung dalam garis panduan FOI, kita akan membenarkan mereka melihat dokumen tersebut.

"Dibenarkan membawa pen dan pensel sahaja semasa melihat dokumen tersebut, tidak ada alat perakam atau telefon (pintar) untuk mengambil gambar," jelas Farizan kepada pemberita dekat Hotel Jen di sini, pagi tadi.

Sebelum itu, beliau bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menyampaikan ucapan dalam Majlis Perhimpunan Penjawat Awam di sini.

Farizan bagaimanapun memberitahu bahawa, salinan dokumen-dokumen tersebut boleh dibeli dengan kadaran RM10 bagi satu mukasurat.

"Sekiranya ramai, kita akan bataskan tempoh melihat dokumen tersebut," jelas Farizan.

Semalam, Guan Eng dalam sidang media berasingan memberitahu, pendedahan dua dokumen berwajib itu sekaligus membuktikan bahawa Kerajaan Negeri hari ini benar-benar melaksanakan integriti.

"Kami (Kerajaan Negeri) telah mendapat jawapan daripada dua lagi pemegang konsesi tambakan laut, iaitu Ideal Gim dan Ivory Tropicana, mereka bersetuju (untuk) mendedahkan surat perjanjian mereka," jelas Guan Eng sambil menunjukkan surat perjanjian konsesi berwajib kepada pemberita.

Guan Eng bagaimanapun memberitahu, pemegang-pemegang surat perjanjian konsisi tambakan laut yang lain menolak permohonan Kerajaan Negeri untuk mendedahkan dokumen berwajib masing-masing kepada orang awam.

"Selepas mendapat pandangan daripada Penasihat Undang-Undang, maka, Kerajaan Negeri terpaksa akur kepada keputusan mereka, dan tidak mendedahkan surat perjanjian ini, kerana projek tambakan laut konsesi ini telah diputuskan (dimeterai) bukan oleh Kerajaan Negeri sekarang, tetapi oleh kerajaan lama (era Barisan Nasional).

"Kita (Kerajaan Pulau Pinang hari ini) memang tidak boleh buat apa-apa, tetapi, projek tambak laut yang diluluskan sekarang, tentu kita (Kerajaan Negeri) dedahkan," jelas Guan Eng yang juga Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Menurut Guan Eng, Kerajaan Negeri hari ini meluluskan telah projek tebus guna tanah seluas 60 ekar sahaja.

Katanya, 35 ekar tambakan laut di Bayan Mutiara diluluskan kepada Ivory Tropicana, untuk kegunaan pembangunan bercampur.

25 ekar (24.79 ekar) lain di Bayan Bay, katanya lagi, diluluskan kepada Ideal Gim Venture, untuk kegunaan pembangunan bercampur juga.

Difahamkan, 2,100 unit perumahan seluas 11.79 ekar di Bayan Bay, dengan 11 ekar sebagai rizab Kerajaan Negeri dan 2 ekar lagi untuk kegunaan infrastruktur.

Bagi kelulusan itu, Kerajaan Negeri akan menerima satu kompleks sukan moden yang bertaraf antarabangsa untuk kegunaan awam.

Kompleks itu terdiri oleh Velodrome Semi Covered, trek basikal sepanjang 250 meter serta 3 unit gelanggang bola keranjang, gelanggang bola tampar, kolam renang berserta diving pool.

Tidak cukup dengan itu, turut dibina untuk kegunaan awam adalah sebuah padang bola sepak di Persiaran Bayan Indah, petak “A” bersebelahan Lot 15739, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

Penjelasan Guan Eng itu sekaligus menjawab dolak-dalih pembangkang Pulau Pinang, yang mencabar Kerajaan Negeri hari ini supaya mendedahkan semua perjanjian konsesi projek tebus guna tanah, termasuk yang diluluskan sebelum tahun 2008.

Guan Eng menegaskan, langkah mendedahkan perjanjian konsesi tanpa persetujuan berwajib mampu mengakibatkan Kerajaan Negeri berdepan dengan risiko saman mencecah angka bilion ringgit.

Sebelum tahun 2008, Kerajaan Pulau Pinang yang masih dikuasai oleh Barisan Nasional meluluskan kira-kira 3,241 ekar projek tebus guna tanah.

Itu, termasuk 940 ekar tanah di Tanjong Tokong yang diluluskan kepada satu pihak pada tahun 1999, dengan harga serendah RM1 untuk sekaki persegi.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus