05 February 2016

Kenapa pemandu teksi di Pulau Pinang pun berjinak-jinak bawa Über?

KETUA Menteri diiringi pemimpin negeri lain menyerahkan replika cek Sumbangan Insentif Kepada Pemandu Teksi Peringkat Bahagian Pulau kepada Abd. Malik Darus di sini, semalam. 10.00 pagi ini,  sumbangan serupa peringkat Seberang Perai di SP Arena dekat Seberang Jaya. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

GEORGE TOWN - Kemelesetan ekonomi yang mengakibatkan kos penyelenggaraan teksi berlesen kian tinggi serta kurang menjanjikan pulanga lebih lumayan seperti dahulu, mengakibatkan mereka  berkenaan mulai memilih untuk memandu kenderaan sewa jenis Über.

Namun, kehadiran Über di atas jalan raya didakwa menjejaskan pendapatan mereka yang setia membawa teksi berdaftar.

"Über ditempah atas talian seperti MyTeksi juga, tetapi ada kos untuk permit, sewa teksi dan selenggara, maka pandu Über kerana tidak semua kos itu ditanggung oleh pemandu.

"Tawar-menawar tambang  Über lebih toleransi, telus dan interaktif dengan menggunakan aplikasi telefon, sedangkan teksi masih diikat dengan kadar tambang yang  regid dan kadangkala pelanggan 'terkena' apabila tidak menggunakan meter," respons seorang pemandu teksi kepada pemberita.

Beliau yang enggan identitinya diketahui umum berkata demikian selepas selesai majlis Penyampaian Insentif RM300 Kepada Pemandu Teksi pelbagai kategori di Dewan Sri Penang dekat George Town, semalam.

Walaupun masih membawa teksi, beliau memberitahu, beliau bersama-sama anaknya mulai menawarkan perkhidmatan Über atas talian bebas.

"Kemajuan bukan sesuatu yang boleh dibendung, kalau kita setia dengan sistem teksi cara lama.

"Aplikasi MyTeksi contoh terbaik untuk meningkatkan mutu pelanggan, tetapi sistem Über lebih 'advance'.

"Zaman meleset ini,  perubahan pemikiran perlu ada untuk tambah pendapatan dan kurangkan kos sara hidup.

"Setia membawa teksi berdaftar pun tak salah, mula membawa kereta sewa Über pun tidak lah salah kerana mereka pun mencari rezeki halal dengan menawarkan  perkhidmatan atas talian bebas," jelas beliau. 

Seorang lagi penerima insentif RM300 memberitahu dengan syarikat teksi, mereka perlu membayar antara RM50 ke RM65 setiap hari hanya untuk permit, bergantung kepada syarikatnya, tidak kiralah jika mereka sakit dan tidak bekerja pada hari itu.

Selain itu, sukar bagi pemandu teksi untuk mendapatkan permit individu, menyebabkan mereka bergantung sepenuhnya kepada syarikat teksi untuk meneruskan pekerjaan, kata beberapa pemandu teksi lain sambil mengaku mula membawa Über.

Lebih menarik dan kritis adalah pendapat seorang pegawai Kerajaan, yang turut membawa teksi berdaftar secara sambilan demi  menampung kos sara hidup yang kian melambung naik di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya yakin kroni Barisan Nasional yang menguasai syarikat teksi berkelompok akan gulung tikar tidak lama lagi jika mereka yang setia memandu teksi masih dinafikan hak memiliki  lesen teksi persendirian.

"Ini zaman internet, bukan boleh bendung semua orang kerana pemandu teksi pun banyak celik internet," respons beliau.

Pengerusi Gabungan Persatuan Pemandu-Pemandu Teksi Pulau Pinang, Abd. Malik Darus dalam ucapannya turut melahirkan  rasa bimbang rakan-rakan persatuan mengenai saingan perkhidmatan daripada Über.

Sepentas dengan Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Abd. Malik mengaku pendapatan  pemandu teksi terjejas teruk.

Guan Eng menyampaikan insentif sejumlah RM640,500 kepada 1,578 penerima dari bahagian Pulau dan 557 lain dari bahagian Seberang Perai.

Difahamkan, Kerajaan Negeri menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berjanji memberi RM600 dalam dua kali pemberian tiap-tiap tahun kepada pemandu teksi bajet, teksi lapangan terbang, teksi eksekutif, teksi mewah, limousine dan kereta sewa yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri.

Masuk kali keenam sejak 2013, sejumlah RM3,985,800 telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk 13,286 penerima berdaftar.

Lumpuh sayap pemuda Umno apabila Shahrom Nordin sertai AMANAH Batu Kawan

SHAHROM Nordin (kiri) merakamkan gambar bersama-sama Ketua AMANAH Batu Kawan, Haji Yusoff Hashim selepas selesai majlis parti di sini, malam tadi.
JAMUAN ringan selepas selesai majlis taklimat dan kempen buka cawangan penaja di sini, malam tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT TENGAH - Sayap pemuda Umno Cawangan Kampung Baru dekat Parlimen Batu Kawan pula lumpuh dan hampir dibubarkan apabila 'orang kuatnya' Shahrom Nordin, 50, serta hampir 100 penyokongnya umum meninggalkan parti lalu menyertai Amanah Kawasan berkenaan.

Shahrom bagaimanapun memberitahu keputusan itu bukan disebabkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa lemah atau susulan krisis Menteri Besar Kedah.

"Lebih  tujuh tahun isteri saya terlantar sakit, tiada seorang pun pemimpin (Umno) bahagian datang menjejak kaki ziarah di rumah, itu paling saya terkilan, tetapi saya sekeluarga diziarahi Haji Yusof dan Ruzlan.

"Seperti orang lain, saya mahu AMANAH ini menjadi politik harapan untuk semua rakyat Malaysia, yang berdiri atas semangat demokrasi rakyat (dan) bukan atas politik 'suku sakat' (kronisme)," jelas Shahrom pada majlis parti di Kampung Sekolah di sini, malam tadi.

Majlis, berlangsung di kediaman peribadi Ketua AMANAH Kawasan Parlimen Batu Kawan merangkap AJK Negeri, Haji Yusoff  Hashim.

Hadir sama, Setiausaha Kawasan, Ruzlan Abdul Rahim serta Ketua-Ketua Penaja Cawangan lain.

Pada majlis sama, bekas Ketua Penerangan PAS Cawangan Kampung Tok Panjang di sini, Mahazan Mohamad, 36, turut mengumumkan keluar parti serta menyertai AMANAH atas alasan mahu melaksanakan maksud dakwah yang sebenar - "Islam Rahmat Ke Seluruh Alam".

Lebih 12 bekas pemimpin PAS Cawangan berkenaan turut mengumumkan keluar parti serta mengambil komitmen untuk menubuhkan cawangan penaja baharu AMANAH di kampung mereka.

Pada majlis tertutup itu, masing-masing membahaskan pengajaran ('ibrah) daripada ayat 54 Surah Al-Maidah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya."

Terdahulu, PAS Cawangan Kebun Sireh juga dalam parlimen Batu Kawan hampir bubar apabila pengasas "Ustaz Ishak" serta orang kuat parti Haji Mohamad Kamal Abdullah mengumumkan sertai AMANAH. 

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus