Skip to main content

Posts

Showing posts from February 7, 2016

Ikut kakak memeluk Islam, kata gadis Wendy kepada MyIKUT

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Selepas lapan tahun merantau dan bekerja di Tanjung Tokong, akhirnya Wendy Mala, 29, mengambil keputusan melafazkan syahadatain pada malam ini. 
"Sebenarnya terdetik sejak dua tahun lalu lagi apabila kakak bekerja kilang dan akhirnya memeluk Islam.
"Keluarga kami memang suka enjoy, tetapi nampak berbeza sangat pada kakak selepas memeluk agama Islam.
"Sebenarnya dulu Kakak pernah mengajak saya memeluk Islam, tetapi saya buat tak kisah.
"Malam ini, saya akan memeluk Islam tetapi kakak tak tahu lagi, sengaja untuk buat kejutan kepadanya juga selepas ini," Wendy, lengkap memakai tuduh sungguhpun belum melafazkan syahadatain lagi.
Beliau berkongsi pengalaman memeluk agama Islam dengan Presiden IKUT Mewakili 10,000 Suara Reverts Pulau Pinang (MyIKUT) Nor Azley Stanley dan penaung NGO itu Tuan Haji Zolkifly Md Lazim serta Sdr. Fadzly Shaafie (Pengerusi Majlis Kebajikan Saudara Islam Malaysia, MAKSIMA Brother) dan Azizan Memali  …