Skip to main content

Posts

Showing posts from February 10, 2016

15,000 hadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN – Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan isteri, Puan Betty Chew Gek Cheng baru-baru ini menerima kira-kira 15,000 tetamu, pelbagai kaum.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr. Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Seri Majimor Shariff merupakan tetamu paling utama pada majlis sambutan yang dilangsungkan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Pulau Pinang (sPICE) di sini baru-baru ini.
Hadir sama, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Dato' Law Choo Kiang dan isteri, Datin Teoh Hooi Tuang, Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon dan isteri, Datin Norazizah Haron, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy dan isteri, K. Kalaiarasi, serta para pemimpin Kerajaan Negeri lain.
Guan Eng meluangkan masa lebih sejam, meraikan para tetamu lain, antaranya, Ahli Parlimen Gelang Patah merangkap Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang, Presiden Parti …