24 February 2016

Semua aduan ADUN Berapit selesai, respons MPSP

ROZALI Mohamud (tengah) bersama-sama empat Ahli Majlis MPSP lain, M. Satees (paling kiri), P. David Marshel (dua dari kiri), Michael Tan Cheong Heng (empat dari kiri) dan Jason H'ng Mooi Lye, pada sidang media di sini tengah hari tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

SEBERANG JAYA - Semua isu setempat yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit, Lydia Ong Kok Fooi menerusi facebook dan akhbar baru-baru ini sebenarnya telahpun ditangani oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), respons Setiausaha Majlis Sr. Rozali Mohamud.

ROZALI Mohamud
"Saya nampak di tapak, apa yang dibangkitkan  telahpun selesai...jalan-jalan yang berlubang pun telahpun selesai (ditampal)," jelas Rozali mewakili Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif  di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini, tengah hari tadi.

Menurut Rozali, Lydia Ong pada 21 Disember lalu memang ada mengadu mengenai beberapa beberapa batang jalan di Berapit berlubang.

Namun katanya, MPSP menerusi emel pada 6 Januari lalu telahpun memaklumkan bahawa kerja-kerja menampal beberapa jalan berkenaan secara berperingkat mulai 7 Januari lalu.

"Pembaikan jalan telah siap pada 21 Februari," jelas Rozali.

Rozali turut memberi penjelasan mengenai rekod kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan yang dilaksanakan oleh MPSP di dua kawasan perumahan, sebagai maklum balas kepada kenyataan Lydia Ong.

Ujarnya, Taman Bukit Indah mempunyai satu taman permainan dan satu taman rekreasi awam, manakala, di Taman Sri Bukit Indah pula terdiri oleh tiga buah taman permainan.

"Perkhidmatan pelupusan sampah tiga kali seminggu, iaitu (dijadualkan) pada Isnin, Rabu dan Jumaat.

"Kerja-kerja pembersihan awam sekali dalam seminggu dan pemotongan rumput dijadualkan setiap 21 hari (tiap-tiap bulan.

"Pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan di taman rekreasi awam tersebut dibuat setiap 60 hari bagi satu pusingan, (dengan) kerja-kerja meliputi pemotongan rumput, penyapuan jalan dan pembersihan pokok-pokok reneh," jelas Rozali.

Penjelasan Rozali itu sekaligus menjawab kenyataan Lydia Ong di facebook serta dilaporkan dalam dua akhbar berbahasa Cina baru-baru ini. 

Akhbar China Press pada 21 Februari lalu antara lain melaporkan, "Aduan jalan rosak tidak dapat diselesaikan. Ong Kok Fooi adu MPSP tidak nampak, tidak dapat dengar dan tidak dapat laksana."

Akhbar Sin Chew Daily pada 22 Februari lalu pula melaporkan, "Jumaat buat aduan, Sabtu jalan siap dibaiki. Aduan YB Ong melalui Facebook adalah lebih berkesan?"

Bercakap pada sidang media sama, para Ahli Majlis MPSP lain turut menyatakan komitmen untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan di Berapit, dengan mengharapkan sokongan sebagai 'satu pasukan' daripada Lydia sendiri kelak.

"Ada tujuh atau lapan buah flat di Taman Permata di dalam KADUN Berapit umpamanya, tetapi MPSP tidak boleh membuat pembersihan di sana disebabkan tiada JMB (badan pengurusan bersama) dan MC (jawatankuasa pengurusan) tidak wujud sejak 20 tahun lalu.

"Adakah YB mengambil inisiatif untuk menubuhkan JMB supaya menjaga kawasan itu.

Bagi saya, Taman Bukit Indah tidak 'seteruk' kawasan itu (flat Taman Permata) jika YB membantu tubuh JMB untuk jaga kebersihan di kawasan itu.

"Jika YB ADUN Berapit selalu kata kawasannya tak bersih, YB perlu saling bekerjasama dengan MPSP untuk meningkatkan pengetahuan penduduk-penduduk di kawasannya," jelas Ahli Majlis MPSP, P. David Marshel.

Ahli Majlis MPSP, Micheal Tan Cheong  Heng turut melancarkan risalah kempen "Asingkan Sampah Anda", sebagai persiapan ke arah pelaksanaan dasar pengasingan sisa di punca yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Jun ini. 

Melambung, terapung ke udara apabila masuk ke rumah kedai lama di Pulau Pinang, kreatif!

SEAKAN dilambung dek gelombang kuat di Zon Adikuasa dekat Galeri Seni 5D Interactive World di George Town baru-baru ini. 
TANPA ilmu magis pun, pengunjung boleh terapung di udara. Ajaib kan....
KREATIVITINYA telah mengubah sebuah rumah kedai lama dua tingkat berkeluasan 6,000 kaki persegi menjadi Galeri Seni 5D Interactive World.

Galeri Seni itu sebaris dengan pasar raya Gama dan pasar raya Penang Times Square, tak jauh, dan kalau berjalan dari Komtar tidak sampai 30 minit

Pengarah Pemasaran, Adrew Lim memberitahu, sebelum geleri tersebut mula dibuka pada 5 Disember tahun lalu, beliau sendiri pernah membuat beberapa pameran kreativiti di luar negara.
"Sebenarnya, selalu kami buat projek di luar negeri, kita pernah buat pameran di Universal Studio di Singapura, Legoland di Johor Baharu, di taman tema Dubai dan banyak lagi.

"Ada orang bertanya saya, mengapa kamu semua tidak membuka suatu studio yang mempamerkan produk kamu sendiri.

"Selepas ada idea ini, ada lagi bertanya, kenapa tidak diwujudkan idea ini di Pulau Pinang?

"Kenapa di sini, tentulah kerana kami semua adalah orang Pulau Pinang, kami nak memberitahu dunia bahawa produk dan tempat (galeri seni) kami ini pun di Pulau Pinang," jelas Adrew Lim.

Beliau berkata demikian semasa ditemubual oleh fotojurnalis, ZAINULFAQAR YAACOB di galeri seni di sini baru-baru ini.


ANDREW Lim (tengah) semasa dibualbicara oleh Zainulfaqar Yaacob (kiri) dan dua rakan sekerja lain, Chan Lilian (kanan) dan Alissala Thian (jurugambar) di Zon Ria di sini baru-baru ini
Andrew Lim dikenali sebagai seorang yang mempunyai minat yang mendalam dalam aktiviti memulihara alam sekitar, sungguhpun beliau adalah penggerak kilang membuat barangan plastik (packaging industries).

Sejak beberapa tahun lalu, beliau mengasaskan Pusat Sumber Alam Sekitar Seberang Perai Utara, dan kini turut diiktiraf oleh Kerajaan Negeri, melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

5 Zon Ajaib!
Cintanya pada alam sekitar turut diabadikan dalam salah satu zon di Galeri Seni 5D Interactive World.

Di Zon Hijau & Zon Kitar Semula, menurut beliau, antaranya terdapat struktur tenggiling di antara dua alam, yang boleh dinikmati secara 5D.

"3D masyarakat kita memang sudah biasa, tetapi 5D (lima dimensi) lebih interaktif di mana kita boleh nampak struktur, ada pencahayaan, ada bunyi dan boleh disentuh.


SALAH satu arca mirip cicak, dihasilkan daripada tin-tin minuman yang dikitar semula.
ZAINULFAQAR Yaacob (kiri) bersama-sama dua rakan lain berinteraksi dengan gubahan lima dimensi (5D) dekan Zon Hijau & Kitar Semula di sini, baru-baru ini. Bayangkan!
"Kita mewujudkan suatu studio Lima Dimensi yang tiada dalam pasaran, boleh dikatakan ini pertama di Malaysia studio 5D dalam kedai," jelas beliau.

Tambah beliau, barang-barang kitar semula seperti tin minuman, kotak dan kertas merupakan antara material asal untuk menghasilkan struktur kreatif di zon tersebut.


TERAPUNG di udara, seakan menempuhi upacara ritual pada era Mesir Purba.
Difahamkan, ada lima zon kesemuanya.

Antaranya, Zon Animasi umpamanya, pengunjung boleh merakamkan gambar dalam keadaan dilihat terapung di udara. Ajaib!

Jika ingin merasai saat mendebarkan digenggam oleh raksasa, juga terdapat di zon ini.

Di Zon Adikuasa pula, ada busana perang.

Lebih menarik, pengunjung boleh merakamkan gambar seakan dipukul kuasa gelombang yang kuat, macam dalam filem kategori sains fiksyen atau 'super power'.

Jika ingin merasai suasana seperti dalam filem bersiri Matrix, Zon Reka Bentuk mungkin akan memberi pengalaman baharu untuk pengunjung.

Zon Ria pula, pengunjung akan dibekalkan dengan sebungkus selut buatan.

Di terkahir ini, pengunjung berpeluang untuk menghasilkan hasil kerja tangan, seperti acra, tembikar kecil dan sebagainya.


ANTARA hasil kreativiti terpilih oleh pengunjung di Zon Ria.
ZAINULFAQAR Yaacob  (tiga dari kiri) berkongsi hasil kreativiti tangan dengan 'bos cantik jelita' Puan Yap Yee Ling (kanan sekali) di Zon Ria di sini. Kasi kipas siket.
"Sesuai dengan tema kami Art Creative Education (ACE) atau Seni, Kreativiti dan Pendidikan, di sini antaranya ada satu zon di mana kami cuba mempromosikan aktiviti kitar semula dengan menggunakan kreativiti, untuk mendidik orang ramai.

"Seluruh Malaysia mengenali Pulau Pinang sebagai 'negeri hijau'.

"1 Jun ini, Pulau Pinang juga akan melaksanakan dasar pengasingan sisa di punca, tapi masih ramai kurang pengetahuan bagaimana nak selamatkan bumi ini.

"Walaupun studio 5D atau Galeri Seni 5D Interactive World ini masih baru, kami ingin berkongsi pengetahuan dan pendidikan dengan mereka yang cintai alam sekitar dan Pulau Pinang," jelas Adrew Lim.


BERSAMA rakan-rakan merakamkan gambar kenang-kenangan selepas menempuh pengalaman 5 Dimensi di Galeri seni ini baru-baru ini.
Menurut Andrew Lim, mulai Mac depan, Galeri Seni 5D Interactive World telahpun ada beberapa sekolah dan mahasiswa universiti awam menyatakan hasrat berkunjung ke sini.

"Satu-satu masa, 100 orang pengunjung boleh masuk ke sini.

"Walaupun baru dibuka, purata pengunjung ke sini tiap-tiap hari seramai 150 orang, dan kami sasar 300 orang sehari mulai bulan depan (Mac)," jelas beliau, bersyukur dibantu oleh 10 orang di sini.

Galeri Seni 5D Interactive World dibuka tiap-tiap hari mulai jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.


DUA rakan baik Zainulfaqar Yaacob yang merakamkan gambar-gambar di sini, Cik Alissala Thian  (berbaju hujan,  depan) dan Cik Darwina Mohd. Daud (bertudung hitam, berkaca mata, tengah). Yang paling Henson adalah jejaka berbaju kotak putih dan menggalas beg kulit koko.
Bayaran masuk bagi warganegara dewasa RM18 seorang, manakala RM12 untuk warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, serta kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.

Tiada bayaran untuk kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke bawah.

Bagi pelancong asing, RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.

ANDREW Lim  (kiti) dana rakannya.
Harapan
Andrew Lim berharap suatu hari nanti Galeri Seni 5D Interactive World akan menjadi salah satu produk pelancongan pendidikan kreatif Pulau Pinang yang terkenal di rantau ini.

"Pulau Pinang memang sesuai sebagai lokasi pelancongan pendidikan, kerana telah banyak lokasi pelancongan dikenali di negeri ini, khususnya di bahagian Pulau.

"Pada masa hahadan, kami harap ini boleh menjadi salah satu lokasi pilihan mereka yang berkunjung ke negeri ini, serta minat dalam bidang pelancongan pendidikan dan kreativiti.


INFO:
Ingo lanjut, hubungi:
Andrew Lim
(+60194754248)

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus