Skip to main content

Posts

Showing posts from March 9, 2016

400 siswa jurusan pergigian tiada tempat praktikal, lapor sumber

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Lebih 400 mahasiswa jurusan tiada tempat praktikal di negara ini,  lapor sumber dalam Kementerian Kesihatan.
Menurut sumber, Kerajaan Persekutuan dijangka mempertimbang syor membekukan pengambilan pelajar bagi jurusan tersebut di semua universiti awam, dalam tempoh lima tahun mendatang. 
"Mungkin pengambil ke jurusan ini pun akan dibekukan lima tahun sebab lambakan doktor gigi melebihi kekosongan di hospital kerajaan," jelas sumber kepada pemberita pagi ini. 
Dalam perkara berkaitan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dilaporkan mempertimbangkan langkah membekukan pengambilan pelajar jurusan kedoktoran.
Najib yang juga Menteri Kewangan mengambil langkah itu demi mengelak lambakan doktor serta mengurangkan kos tanggungan Kerajaan Pusat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam bagaimanapun berdalih bahawa Kerajaan Pusat hanya mengetatkan syarat kelayakan untuk pengambilan pelajar ke jurusan terseb…

RM100,000 bina pusat penjaja berbumbung

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
MACHANG BUBUK - Pemajuan Pusat Penjaja Berbumbung Kampung Permatang Tinggi menelan belanja RM100,000 daripada sumber Kerajaan Negeri.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata projek itu akan memberi manfaat kepada 500 keluarga atau 3,500 penduduk setempat.
"Inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang demi mengupayakan rakyat Pulau Pinang, terutama di kawasan kampung," jelas Guan Eng.
Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam itu berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Makananan Permatang Tinggi di sini baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, katanya, Kerajaan Negeri pada tahun ini dijangka membelanjakan RM30.9 juta untuk pengecualian cukai kepada penghuni rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah kampung.
ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon, Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam), Dato' Maimunah Mohd. Sharif (Yang di-Pertua MPSP) dan…

Perubatan, tiga sektor lain berdaya saing era ekonomi mencabar, PasMa puji kemampuan Kerajaan Pulau Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 
BALIK PULAU - Iklim ekonomi negara yang kian mencabar belakangan ini menyebabkan sektor makanan, pendidikan, kesihatan dan kecantikan serta perubatan lebih berdaya saing, berbanding elektrik & elektronik  (E&E) dan beberapa sub-sektor lain.
Pengerusi Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang, Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim memberitahu, kemampuan Kerajaan Negeri hari ini membaca perubahan iklim ekonomi semasa sekaligus berjaya mendorong firma peranti perubatan dari Jerman, KLS Martin melabur di negeri ini.
"Sama ada waktu ekonomi berkembang atau bergerak perlahan seperti sekarang ini, empat sektor ini (makanan, pendidikan, kesihatan & kecantikan serta perubatan) bertahan lama kerana tetap diperlukan penduduk dunia.
"Bagi saya, Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) membaca corak perubahan ekonomi ini serta cepat mengubah tumpuan pelaburan di negeri ini,  supaya lebih menarik minat pelabur," jelas Zolkifly yang juga Pr…