Skip to main content

Posts

Showing posts from March 21, 2016

Exco nafi tuduhan Menteri Perumahan kononnya agensi persekutuan dianaktirikan di P. Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
JELUTONG - Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menganaktirikan agensi persekutuan yang benar-benar berhasrat membina rumah mampu milik di Pulau Pinang.
Sambil menolak tuduhan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Jagdeep berkata, enam daripada 15 projek perumahan yang dimohon telahpun diluluskan sebelum ini.
Siling harga maksimum rumah di bahagian Pulau ditetapkan RM400,000 seunit, manakala, RM250,000 sebuah di bahagian Seberang Perai.
"Dikatakan, 9,600 unit rumah mampu milik dan 100 peratus rumah mampu milik.
"Tetapi, apabila kita (Kerajaan Negeri) semak, di bahagian Pulau harganya RM1.8 juta (dan) di bahagian Seberang Perai, ada rumah RM800,000, apakah itu rumah mampu milik.
"Jadi, saya memberitahu JKP (dan) Perda bahawa ini sesuatu yang tidak boleh diterima, sehinggalah mereka mematuhi syarat-syarat pemajuan perumahan nege…

Kompaun RM100 jika guna pelekat kenderaan OKU palsu, tegas Ahli Majlis MPSP

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PADANG LALANG - Mereka yang menggunakan pelekat kenderaan OKU palsu akan berdepan tindakan penguatkuasaan, termasuk kompaun tanpa diskaun RM100 daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Ahli Majlis MPSP, Dr. Tiun Ling Ta memberitahu, pelekat kenderaan  OKU yang diiktiraf di negeri ini antaranya yang berlogo MPSP, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) serta yang dikeluarkan oleh mana-mana Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bagi pelekat kenderaan OKU yang dikeluarkan oleh Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia (POCAM) atau mana-mana pertubuhan OKU berdaftar pula, katanya lagi,  mereka wajib mempamerkan kad OKU pada dashboard dalam kereta ketika parkir.
"Sesetengah sanggup membeli pelekat OKU palsu, untuk kenderaan yang bukan dimiliki oleh OKU atau penjaga (OKU) yang sebenar.
"Kerana POCAM tidak menghadkan pembelian pelekat OKU dan MPSP tidak mahu penyalahgunaan pelekat kenderaan yang dikeluarkan oleh persatuan itu, mereka yang m…