24 March 2016

Kadar insurans berdasarkan risiko setempat mulai 1 Julai, dapat reaksi pelbagai netizan

DATUK Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan serta Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, iaitu Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan disebut-sebut sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu digesa tampil memberi penjelasan, mengala dilihat terlalu melindungi kepentingan firma insurans berbanding rakyat dalam isu berbangkit ini?


LiBERALiSASi tarif insurans motor yang pernah diumumkan pada tahun 2012 dan disahkan semula pada tahun 2014 akan dimulakan mulai 1 Julai depan, lapor  paultan.org

Pendek kata, premium insurans motor tidak lama lagi berdasarkan faktor risiko tempat kenderaan itu dimiliki, dan bukan lagi berdasarkan polisi mudah sedia ada dan kawal selia harga.

Peralihan polisi ini dikatakan untuk mengurangkan risiko berantai ke atas kedua-dua pihak, iaitu pengguna dan firma insurans sendiri.

Maka, keperluan tarif insurans sedia ada dengan tawaran had harga serta liputan perlindungan akan ditamatkan secara berperingkat, tidaklah terlalu segera.

Fasa pertama pelaksanaan mulai 1 Julai nanti, firman insurans dibenarkan menawarkan 'produk baru' selain nilai tambah pada polisi yang sedia ada.

'Produk baru' yang dimaksudkan antaranya polisi tambahan bagi risiko air memasukan enjin di kawasan banjir, kehilangan kunci kereta dan sebagainya.

Memetik sumber atas talian paultan.org lagi, harga produk-produk baharu yang ditawarkan ini tidak lagi dikawal selia, sebaliknya akan akan ditentukan oleh pasaran semasa.

Ejen insurans dibenarkan menentukan kadar harga secara berpatutan, demi menarik perhatian pengguna sasaran masing-masing.


REAKSI NETIZAN

Pun begitu, peralihan polisi insurans yang mahu dilaksanakan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 'mencengkam saku' rakyat ini menerima pelbagai reaksi netizan.

Daripada informasi lanjutan Saudara Ahmad Adil Muhamad, lebih 155 komentar dan 1,600 reaksi (like) di dalam satu dinding facebook, dan antara komentar Netizan yang menarik:-

Azizulman Saleh

Import tax, 30%. Excise fee 105%. GST 6%. And on top of that, insurance would sky rocket. The cost of car ownership would shoot up. What would benefit the rakyat? NONE

Faliq Raja Adam
Insurance agent: May I know your car, occupation, salary & residential address, sir? 
A : It's for my Audi Q5. I'm a minister, basic pay with allowance is around RM 12k per month. Other income around RM140k per month and I live in a gated area in Bukit Damansara. 
Insurance agent: ah.nice. your premium very minimal sir. I will get back to u in a bit. 
-------------------------------------------- 
Insurance agent: May I know your car, occupation, salary & residential address, sir.
B: It's for my Perodua Rusa. I'm a retired teacher. I live in Klang.
Insurance Agent: I think you should just sell the car, sir. 

Firdaus Amer 
UK car half price malaysia, insurance mahal fair enoughla... Ni malaysia pay 2 get 1, told this story to some of my arab friends they laugh till tmrw still not done yet. Now nak increase pulak insurance? lupakan jela reduce part tu, because most of the time tkda yg reduce, naik lagi ada... Turun tu semua pembohong. Bodoh punya bank negara!


Mohd Zamri Rosli
Too many crimes that's why la insurans premium increased,bmw,merz & all kind of luxury car be stolen...sapa mau tanggung?insurans takmo rugi ma so poor people need to pay more..the government did not see the plight of the people..sadly!!

Desmond Chong
Crime prone areas are high risk area... Those who stay in these area are normally at poorer status... Not tat they chose to stay there but of no choice becz these places are cheaper to stay at... But then need to pay more insurance... 😑 means rich ppl stay guarded places pay lesser insurance... Haha...

Puas sertai kayuhan desa di Pulau Betong

Amacam? Selepas sakit-sakit punggung mengayuh basikal, saya dan kawan-kawan releks di salah sebuah warung di kampung nelayan dekat Pulau Betong di sini.
KAYUHAN Desa merupakan antara sektor pelancongan yang kian popular di Balik Pulau.

Audi Guest House adalah destinasi terbaik bagi mereka yang mahu merentas desa dengan 'kos bajet'.

Sebuah basikal jenis Mountain Bike boleh disewa semurah RM15 sahaja dan RM20 bagi sebuah basikal yang boleh dikayuh oleh dua orang.

Tahu tidak tahu, di Audi Guest House Balik Pulau turut menyediakan sewaan bilik tamu ala-ala kampung.

Kalau saya tak lupa, bilik inap desa paling 'bajet' RM20 sekepala, untuk dua orang. Bilik-bilik lain untuk tiga orang RM90, lima orang (RM120) dan bilik deluxe RM145 sahaja. Murah dan istimewa.

Info lanjut, hubungi Mr. SAM Lim +60124999099 atau rakannya Liew Chi Khong +60149442540 atau no. tel. Pejabat 048662569.

Tempahan aktiviti kayuhan desa atau bilik inap desa turut boleh melalui emel audi_service@ymail.com atau portal www.audipenang.com.

Capaian di Facebook dengan kata kunci Audi Guest Home, Audi Dream Farm atau Audi Farm.

Saya dan rakan-rakan, macam adik beradik walaupun mempunyai latar belakang berbeza. Kerja sepasukan, seronok sepasukan.
Yang ini gambar paling best hahaha Sungguh kacak abang Zainulfaqar Yaacob sampai ada seseorang mengejarnya dari belakang. Hahahaha 
Kalau jelajah desa secara berkumpulan lebih 10 orang, akan ada pengiring pelancong. Cik Dian cantik dan mesra!

Baru-baru ini, saya dan rakan-rakan turut menimba pengalaman kayuhan desa, kira-kira 8 kilometer secara santai hampir 3 jam.

Saya dan rakan-rakan merentasi denai-denai desa yang masih diselimuti embun sejuk, walaupun selewat jam 8.00 pagi.

Di sekitar Pulau Betong ini, saya dan rakan-rakan turut jelajah ke kawasan sawah padi dan dua kampung nelayan.

WEFIE dengan dua rakan baik saya, En. Watawa Nataf Zulkifli dan Cik Darwina Mohd Daud.
PUNYA sedah kari periuk tanah sampai licin pinggan nasi, siap hirup gulai. Wow!
Sebelum pulang, kami singgah makan kari kepala ikan yang dimasak dalam periuk tanah. Saya terlupa nama tempatnya tetapi sesiapa nak pergi boleh 'merisik-risik' Warung Makan Pak Kob daripada rakan baik saya, Encik Idzham Ahmad.

Selepas ini, saya ingat nak rancang bawa anak, ‪#‎InsyirahSolehah‬ dan isteri muda cantik jelita Siti Hajjar Hassan pula ke sini.

In sya Allah!

Catatan,

ZAINULFAQAR YAACOB
blogger

George Town | 24 Mac 2016 | 9.39 pagi

Jejambat BLE siap, tunggu kelulusan RSA, respons Exco Kerja Raya P. Pinang

(Dari kanan, hadapan) ISMADE Ismail, Lim Hock Seng, Abdul Malik Abul Kassim dan Salleh Awang ketika meninjau kerja-kerja akhir dalam menyiapkan Jejambat BLE di sini baru-baru ini.


BATU MAUNG – Jejambat Lebuh raya Bayan Lepas (BLE) sepanjang 3.2 kilometer yang menghubungkan Batu Maung ke Bayan Baru akan dibuka pada 4 April 2016, sekiranya diluluskan oleh Audit Keselamatan Jalan raya (RSA).

Mengulas lanjut, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pemaju, UEM Builders Berhad (UEM) kerana berjaya menyiapkan Jejambat BLE, seperti yang dijanjikan.

Walaupun menerima banyak kritikan, halangan, namun akhirnya jejambat ini berjaya disiapkan," jelas ADUN Bagan Jermal itu kepada pemberita di sini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng kerana begitu menitikberatkan aspek keselamatan di kawasan pemajuan tersebut sebelum ini, sehingga menubuhkan Jawatankuasa Pemantau Keselamatan (badan bebas) yang diketuai jurutera berpengalaman, Dato' Dr. Gue See Siew.

Pada sidang media sama, ADUN Batu Maung merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Kassim berharap penarafan BLE dan bahagian Lebuh raya Tun Dr. Lim Chong Eu dapat mengurangkan cabaran kesesakan trafik di sini, khususnya pada waktu puncak.

Pada sidang media sama, Pengarah Projek dari UEM, Ismade Ismail memberitahu jalan-jalan yang terbabit dalam projek penarafan mulai dibuka semula pada 28 Mac ini.

Beliau bagaimanapun berkata, urusan pembukaan jejambat tersebut tertakluk kepada kelulusan RSA, yang akan memulakan pemeriksaan pada 26 Mac ini.

Projek bernilai RM337 juta yang memakan masa lebih kurang dua tahun ini merangkumi 4.4 kilometer bahagian bawah yang dinaiktaraf serta Jejambat BLE sepanjang 3.2 kilometer,” ujar Ismade Ismail, sambil memberitahu UEM mencatatkan sifar kemalangan maut di tempat kerja dalam tempoh tempoh 3.2 juta jam.

Pengarah JKR Pulau Pinang, Ir. Salleh Awang serta Timbalan Pengarah Kejuruteraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ir. A.Rajendran turut melawat kawasan pemajuan di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismade Ismail memberitahu, pihaknya kini sedang menyiapkan lorong serta tiga jambatan khusus untuk pengguna basikal, yang dijangka siap sepenuhnya antara bulan Mei hingga Jun tahun ini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus