Skip to main content

Posts

Showing posts from April 7, 2016

Paya bakau musnah, kolam ternak udang hasil sisa buangan beracun tidak berasas, respons Dr. Afif

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN- Dakwaan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengenai projek ternakan udang dalam kolam di Balik Pulau menghasilkan sisa buangan beracun hingga menjejaskan alam sekitar dan hasil tangkapan laut adalah tidak berasas.
Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin memberitahu, Global Goodway (M) Sdn. Bhd. yang mengusahakan projek itu dikenalpasti mengikut Garis Panduan Pembangunan Projek Akuakultur Negeri Pulau Pinang serta mendapat penarafan Amalan Pertanian Baik (myGAP).
"Ini (myGAP) adalah pengiktirafan tertinggi (dalam bidang pertanian) dalam negara, yang mana mereka akan melihat segala aspek daripada penyediaan produk sehinggalah aspek bagaimana cara merawat sisa-sisa daripada industri itu.
"Saya tidak faham bagaimana air sama yang digunakan untuk ternak udang itu boleh dianggapkan ada sisa buangan beracun sedangkan ia menghasilkan sumber makanan (iaitu) udang.
&q…