Skip to main content

Posts

Showing posts from April 13, 2016

MPSP jimat RM4 juta jika jana sampah kurang 50 peratus berjaya, kata Maimunah

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Peruntukan untuk kerja-kerja pembersihan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mampu dijimatkan hampir RM4 juta pada tahun ini, sekiranya penjanaan sampah harian seberat 1,100 tan berjaya dikurangkan 50 peratus tiap-tiap hari mulai bulan Mei depan.
Menurut Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif, pihaknya membelanjakan RM8.89 juta 'tiping fee' sebagai caj atas 440,460 tan sisa pepejal yang dikumpulkan ke tapak pelupusan sampah Pulau Burung, sepanjang tahun lalu.
"RM22.20 tiping fee untuk satu tan, ertinya RM8.79 juta dibelanjakan dalam satu tahun, jika 1,100 tan sampah sarap yang dijana tiap-tiap hari dikumpulkan ke Pulau Burung.
"Kalau kadar kitar semula tinggi (39 peratus), tetapi penjanaan sampah pun tinggi, maka ia tidak memberi impak (pada usaha menjimatkan sumber dana MPSP).
"Kalaulah kita boleh kurangkan sampah sehingga 50 peratus, kita akan jimat hampir RM4 juta," kata Maimunah kepada pemberit…