15 May 2016

Mujur Kg. Mutiara di P.Pinang, tidak senasib Melayu Kg. Chubadak KL, kata peguam muda AMK

MOHD. Izad Buqhary Mohd. Kamri ketika berucap pada Konvensyen Ke-2 PasMa Pulau Pinang di Hotel Seri Malaysia dekat Bayan Baru di sini, 14 Mei 2016.

Zainulfaqar Yaacob
Dikemaskini 16:49 15 Mei 2016

BAYAN BARU - Kampung Mutiara dekat Parlimen Bukit Bendera yang didiami majoriti Melayu mungkin senasib Kampung Chubadak dekat Kuala Lumpur, jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini tidak dikuasai oleh Pakatan Harapan (PH).

Peguam muda Mohd. Izad Buqhary Mohd. Kamri yang juga pemimpin Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia berkata sedemikian pada Konvensyen Ke-2 PasMa Pulau Pinang 2016, semalam.

"Isu penempatan semula penduduk kampung Melayu Tanjong Tokong di Pulau Pinang akhirnya Kerajaan PH yang jadi penyelamat," ujar Mohd. Izad Buqhary di Hotel Seri Malaysia dekat Bayan Baru di sini.

Selain Mohd. Izad Buqhary, forum 'Hak Melayu Pulau Pinang Menurut Perlembagaan Malaysia: Jaminan dan Cabaran' itu turut membariskan dua panelis lain, iaitu pakar perlembagaan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang kini berhijrah masuk ke Parti Tindakan Demokratik (DAP) serta Pengerusi Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang merangkap Pengasas AMANAH Kawasan Balik Pulau, Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim.

Forum terbuka itu dikemudi oleh Ahli Majlis bagi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Ustaz Mohd. Rizal Akhir.

Difahamkan, tragedi pengusiran penduduk asal Kampung Mutiara sejak tahun 2008 lagi, dan kemuncaknya pada bulan September tahun lalu apabila tuan tanah persendirian Peter Loke Leng Seak berjaya mendapat perintah mahkamah.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bersama-sama Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini tidak akan meluluskan sebarang permohonan pelan kebenaran merancang di atas tanah itu, sehinggalah semua tuntutan pampasan penduduk asal yang munasabah dipenuhi oleh tuan tanah persendirian tersebut.

Perjuangan mempertahankan warisan Kampung Mutiara turut diperjuangkan oleh banyak pihak lain, antaranya bekas timbalan ketua menteri I (TKM1) Dato' Mansor Othman yang kini masih Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dato' Mohd. Rashid Hanson (TKM1), Datuk Ahmad Ismail (Pengerusi Umno Bahagian Bukit Bendera), Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa (Pengerusi AMANAH Pulau Pinang), Zolkifly sendiri (Pengasas Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa, RAGAS) dan Iszuree Ibrahim (Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Tanah PAS Pulau Pinang).

Implisitnya, tuan tanah sehingga kini terpaksa menangguhkan hasrat merobohkan semua rumah komuniti Melayu Kampung Mutiara lalu meratakan tanah di situ untuk projek pemajuan komersial.

Berbeza dengan nasib komuniti Melayu di Kampung Chubadak dekat Kuala Lumpur (KL) lenyap susulan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri membantu tuan tanah persendirian mengusir penerika asal demi pelaksanaan projek pemajuan komersial di atas tanah tersebut.

Selain itu, Mohd. Izad Buqhary turut mengimbau pemimpin Umno Barisan Nasional Pulau Pinang terdahulu pada tahun 1999 secara tender tertutup di Tanjung Tokong meluluskan projek tambakan laut seluas 940 ekar serendah harga RM1 sekaki persegi kepada satu pihak, dengan syarat hanya 10 peratus tanah tebus guna diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

"Isu tanah Melayu di Tanjung Tokong sebagai contoh tidak dapat diselesaikan sejak 1970-an lagi.

"Akhirnya kita (PH) yang selesai...penduduk akan dapat suasana hidup yang lebih selesa, selepas ini," ujar Mohd. Izad Buqhary lagi.

Semangat kekeluargaan kurang utuh punca gejala sosial dalam komuniti, kata Chong Eng

GELAGAT sebuah keluarga yang sempat dirakamkan lensa Buletin Mutiara ketika berlangsunnya Sambutan Hari Keluarga Antarabangsa Peringkat Seberang Perai di sini baru-baru ini.

Teks & Gambar: AHMAD ADIL MUHAMAD

BUKIT MERTAJAM – Semangat kekeluargaan yang kurang utuh mampu menyumbang pada pelbagai gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, jenayah ragut, rogol dan sebagainya dalam komuniti setempat di negeri ini.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Keluarga Antarabangsa Peringkat Seberang Perai 2016 di perkarangan Stadium Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dekat Jalan Betik di sini baru-baru ini.

“Dalam suasana menikmati proses kemajuan dan pembangunan yang pesat sekarang ini, nilai-nilai murni dan semangat kekeluargaan yang menjadi amalan kita selama ini kian terhakis.

“Warga Pulau Pinang seharusnya mengamalkan bukan sahaja di rumah, tetapi juga di luar rumah supaya dapat melahirkan sikap prihatin, hormat-menghormati bertolak ansur, amanah dan telus sesama kita,” ujar Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang ketika membahaskan tema sambutan kali ini, iaitu 'Keluarga, kehidupan yang sihat dan masa depan yang mampan'.

Setiausaha Majlis MPSP, Sr. Rozali Mohamud serta beberapa Ahli Majlis bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan turut sertai majlis sambutan tersebut.

Chong Eng turut memuji MPSP kerana mengedar 500 risalah sebagai kempen nilai pada usaha mengukuhkan institusi kekeluargaan di negeri ini.

Demi menjadikan Pulau Pinang negeri pintar, ujar Chong Eng, Kerajaan Negeri senantiasa menggalakkan warganegeri supaya mengutamakan gaya hidup sihat dan rajin bersenam.

“Bagi mencapai matlamat tersebut, warganegeri ini disarankan untuk menjalankan aktiviti fizikal dan kekeluargaan dengan lebih kerap seperti berkunjung ke taman-taman rekreasi dan berkelah.

“Justeru itu, pada hari ini MPSP akan mengedarkan risalah kawasan-kawasan rekreasi dan riadah di Seberang Perai yang sesuai digunakan untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan meningkatkan tahap kesihatan,” katanya.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus