Skip to main content

Posts

Showing posts from May 20, 2016

Usul beku urusan tanah babit 1MDB diterima majoriti ADUN P.Pinang

Zainulfaqar Yaacob
20 Mei 2016 | 10.47 malam 
GEORGE TOWN - Lintang pukang kesemua ADUN Umno meninggalkan mesyuarat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, ketika Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mengemukakan satu lagi usul berhubung kes tanah membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Di bawah peraturan 34 (viii) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat, usul itu berbunyi, "Skandal 1MDB sebanyak RM50 bilion yang mencipta sejarah buat kali pertama mengakibatkan sebuah syarikat milikan Kerajaan Persekutuan Malaysia dan juga dijamin oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia gagal (default), atau tidak dapat melangsaikan bayaran faedah yang diwajibkan dibayar sebanyak dua kali, setiap kali melibatkan jumlah faedah sekurang-kurangnya USD50 juta.
"Justeru itu, demi kepentingan awam adalah diputuskan bahawa semua urusan berkaitan dengan 1MDB di Pulau Pinang harus dibekukan sehingga satu penjelasan penuh diberikan olehnya tentang skandal ini dan impaknya kepada rakyat serta …