25 May 2016

RM40,000 lancar 'mymat' demi cegah denggi, zika – Dr. Afif

DR. Afif Bahardin (kanan sekali) dan Rosli Jaafar (dua dari kiri) menyantuni salah seorang kakitangan awam pada Program Derma Darah PraRamadan di Komtar di sini baru-baru ini.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar: AHMAD ADIL MUHAMAD

GEORGE TOWN – Perangkap nyamuk mymat yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini demi mengurangkan lagi proses pembiakan serangga itu serta mencegah penularan wabak denggi dan virus zika.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata, kira-kira RM40,000 dibelanjakan untuk pemulaan projek mymat itu.

Kita (Kerajaan Negeri) memilih tiga lokaliti di Pulau Pinang untuk mengkaji keberkesanan mymat dalam mengawal penularan kes denggi dan virus zika yang dibimbangi akan menyerang ketika musim hujan sekarang.

Tiga lokaliti yang dipilih setakat ini adalah Seberang Jaya, Bayan Baru dan Batu Lanchang dimana kita akan agihkan sebanyak 4,000 unit mymat sebagai permulaan untuk dikaji keberkesanannya,” ujar Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya kepada pemberita.

Dr. Afif berkata demikian pada Program Derma Darah Pra Ramadan, yang dijanjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bersama-sama Persatuan Bekas Pelajar MRSM (ANSARA) dan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) di Komtar baru-baru ini.

Hadir sama Pengurus Besar PDC, Dato' Rosli Jaafar.

Dalam perkembangan lain, beliau turut beliau turut menafikan dakwaan pihak tertentu yang menyebut inisiatif Kerajaan Negeri memasang 10 unit Automated External Defibrilator atau AED (alat rawatan kecemasan serangan jantung) di kawasan umum sebelum ini hanya untuk kegunaan anggota paramedik semata-mata.

Kita juga anjurkan kursus penggunaan AED untuk orang, anggota polis dan bomba pada April lalu melibatkan hampir 3,000 orang yang terlibat.

Caranya amat mudah dan lebih senang berbanding memandu kereta, jadi ianya mampu dikendalikan oleh orang biasa dalam menangani serangan jantung mengejut,” jelas beliau.

Lagipun katanya lagi, ADUN Pembangkang dari Sungai Dua, Muhamad Yusoff Mohd. Noor pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang lalu turut menyokong pemasangan AED, bahkan meminta Kerajaan Negeri memperluaskan penggunakaan alat peranti itu sebagaimana di negara-negar maju.

Sempena bulan Ramadan, Rosli dalam kenyataannya memberitahu bahawa penganjur menyasarkan sebanyak 500 pint (paket darah) untuk dua program yang dilangsungkan di Komtar pada 25 hingga 25 Mei, serta satu lagi program di AEON Mall Bukit Mertajam pada 4 Jun.

Katanya, darah-darah ini akan disumbangkan kepada tabung-tabung darah hospital sekitar negeri ini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus