Skip to main content

Posts

Showing posts from May 27, 2016

30 minit SPRM rakam keterangan Dr. Afif bantu siasat kes tanah babit PERDA

Zainulfaqar Yaacob
27 Mei 2016 | 11.47 pagi
BAGAN DALAM - Kira-kira 30 minit juga sesi pertama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam keterangan Dr. Afif Bahardin bagi membantu siasatan kes penjualan sebidang tanah membabitkan Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), sejak 10.30 pagi tadi.
Dr. Afif, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan ditemani peguam pengiring, Ong Chin Wen yang jugaAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah.
"Saya ke mari untuk memberikan maklumat kepada SPRM dan fokus saya sekarang adalah untuk membantu siasatan...kerana isu ini melibatkan kepentingan awam.
“Saya harap SPRM boleh menjalankan penyiasatan dengan penuh rapi,” tegas Dr. Afif yang juga ADUN Seberang Jaya kepada pemberita sebelum masuk ke Pejabat SPRM Seberang Perai berhampiran Kampung Jaya di sini baru-baru ini.
Selepas keluar dari kamar siasatan, Dr. Afif bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai butiran keterangannya kepada pegawai pen…