Skip to main content

Posts

Showing posts from June 2, 2016

Dr. Termizi calon PH, Guan Eng soal PAS kenapa tak sebut Pulau Pinang negeri pertama tolak hasrat Pusat anjur 'judi bola'

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 
KUALA KANGSAR - Enam tahun lalu, Pulau Pinang adalah Kerajaan Negeri yang pertama menolak hasrat Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan program pertaruhan judi dalam arena bola sepak di tanah air ini.

Dalam nada yang kesal, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bagaimanapun berkata Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta DAP sehingga hari ini terus difitnah anti Islam dan anti Melayu.

Katanya lagi, PAS yang pernah menjadi sekutu DAP dalam blok Pakatan Rakyat dahulu sepatutnya tidak mengfitnah DAP sebagai 'babi', yang 'memberi arak' sehingga tertubuhnya Amanah.

"Bukan saja difitnah 'beri arak' kepada Amanah, malah jual tanah Melayu di Pulau Pinang...paling dahsyat Kerajaan Negeri Pulau Pinang difitnah mengiktiraf LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

"Mengapa tak sebut Kerajaan Negeri buat baik untuk Islam...kenapa tak sebut Pulau Pinang negeri pertama haram judi bola yang nak direstui Kerajaan Pusat," soal Guan En…

Siapa Pinda DEB, wahai Faekah Husin?

Zainulfaqar Yaacob 2 Jun 2016
BEKAS Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor terdahulu semalam antara lain berkicau, "Sibuk perli PAS buang jubah/kupiah krn nak tarik undi Melayu. Pinda DEB dan tolak Hudud bukan ke kerana nak tarik undi Cina? Paku dulang..." di laman sosialnya Twitter.
Adakah Faekah Husin cuba mengfitnah pentadbiran Ketua Menteri Sdr. Lim Guan Eng di Pulau Pinang kerana disokong kuat oleh Amanah, kononnya meminda Dasar Ekonomi Baru (DEB) demi menarik undi Cina?
Walhal 16 Jun 2012 lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sekali lagi memutuskan akhbar perdana, Utusan Malaysia (Utusan) bersalah kerana menfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang melalui artikel berita, “DEB: Guan Eng tetap berdegil” yang disiarkan pada 15 Mac 2008.
Kali pertama Utusan kalah saman fitnah pada 15 Disember tahun lepas, iaitu mengenai rencana bertajuk “Kebiadaban Guan Eng” yang disiarkan pada 20 Disember 2010.
Pesuruhjaya Kehakiman, Normala Salim semasa membuat ketetapan berkata, beliau berset…

P.Pinang tawar tanah untuk pusat bina 300 'Rumah Hijau Mak Mandin', pemuda PAS Bagan tahu?

Pengerusi Pertubuhan Penduduk Rumah Hijau Mak Mandin, Sim Siang Kuang bersalaman dengan Guan Eng, pada satu majlis di sini, 3 Julai 2012

Zainulfaqar Yaacob 2 Jun 2016
Perwakilan Pulau Pinang, Sdr. Hafiz Alias dalam Muktamar Pemuda PAS sntara lain menuduh Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng menjual tanah milik Melayu, hatta kaum minoriti itu tiada lagi tempat tinggal di negeri ini. 
Walhal pada 3 Julai 2012 lalu, Pulau Pinang pernah menawarkan sebidang tanah milik Kerajaan Negeri berhampiran Rumah Hijau Mak Mandin, Butterworth untuk dibeli oleh kerajaan pusat lalu dibina lebih 300 unit rumah pangsa bagi penempatan semula penduduk berwajib. 
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, cadangan tanah seluas 2.06 ekar berhampiran jalan utama melalui Jalan Mak Mandin 5 itu turut dipersetujui oleh Persatuan Penduduk Rumah Hijau Mak Mandin. 
"Pada minggu lepas, kami (Kerajaan Negeri) telah berbincang dengan penduduk kawasan (Rumah Hijau Mak Mandin) untuk memilih tapak ini supaya kerajaa…