05 June 2016

Kapal tak boleh pusing bawah tonggak pedaka Penang Skycab tak masuk akal, respons Guan Eng

KETUA Menteri pada sidang media di sini tengah hari tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

MACHANG BUBUK - Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng tengah hari tadi menyanggah suatu rencana berita yang menyebut kapal sepanjang 350 meter tidak boleh membuat pusingan di perairan negeri ini, sekiranya tonggak pendaka (pylon) dalam projek kereta kabel pelancongan Penang Skycab dibina dekat kawasan Pelabuhan Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, katanya, rekabentuk struktur antara satu-satu tonggak pedaka yang akan dibina adalah sepanjang 1 hingga 1.5 kilometer, sepatutnya membolehkan kapal membuat pusingan di kawasan perairan tersebut.

"Jarak yang paling pendek (antara satu-satu tonggak pedaka) adalah satu kilometer hingga 1.5 kilometer.

"Kalau panjang kapal satu kali ganda pun (sepanjang 700 meter) masih boleh pusing, tak masuk akal lah kalau kapal sepanjang 350 meter tak boleh pusing.

"Anggap dia (kapten kapal) punya lesen (bak) 'lesen kopi O'," respons Guan Eng, sambil merayu Kerajaan Pusat segera meluluskan projek Skycab yang diperlukan oleh rakyat Malaysia di negeri ini.

Beliau berkata demikian dalam suatu sidang media, selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Medan Selera Perkampungan Permatang Tinggi di sini.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng, Chong Eng (Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Lalang merangkap Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Lee Khai Loon (ADUN Machang Bubuk) dan Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam)

Lagipun kata Guan Eng, tonggak pedaka yang akan dimajukan dari bahagian Pulau merentasi laut ke Penang Sentral dekat Butterworth itu adalah setinggi 165 meter, hampir menyamai tinggi bangunan Komtar, George Town.

Kelmarin, Guan Eng menasihatkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya tidak melenting dengan menolak permohonan Projek Skycab kerana agensi-agensi Kerajaan berwajib yang lain masing-masing masih belum memuktamadkan keputusan sama ada tidak bersetuju atau sebaliknya dalam projek ini.

Menurut Guan Eng, setakat ini Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang, Tan Teik Cheng yang juga Timbalan Pengerusi MCA negeri sahaja yang tidak bersetuju dengan projek Penang Skycab.

Justeru, Guan Eng sekali lagi mengulangi hasrat Kerajaan Negeri untuk membiayai sendiri sepenuhnya kos pembinaan Penang Skycab, dengan melantik 'syarikat pemaju mesra Kerajaan Persekutuan' MRCB untuk memajukan projek mega tersebut.

"Sepatutnya Skycab ini tidak perlu permohonan lesen pengangkutan, kerana kereta kabel ini adalah satu lagi produk pelancongan di negeri ini.

"Dia (Tiong Lai) tiada alasan menolak hasrat Kerajaan Negeri ini kerana projek Skycab ini diberikan kepada MRCB yang ada hubungan baik dengan Pusat, iaitu pemaju sama yang sedang berbincang (kompleks) Penang Sentral di Butterworth sekarang ini," tegas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Sebelum itu, Tiong Lai dilaporkan berdalih bahawa projek Penang Skycab ditolak kerana mengganggu dilihat aktiviti pelabuhan di negeri ini.

Sebelum itu, Tiong Lai dilaporkan berdalih bahawa projek Penang Skycab ditolak kerana dilihat mengganggu aktiviti pelabuhan di negeri ini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus