Skip to main content

Posts

Showing posts from June 6, 2016

Daya saing Malaysia jatuh 5 tangga, paling teruk dalam 9 tahun, respons Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Daripada 61 negara yang disenarai dalam Malaysia Competitiveness Yearbook 2016, daya saingan Malaysia pada tahun ini berada pada kedudukan ke-19, iaitu jatuh lima anak tangga berbanding ke-14 pada tahun lalu.
Mengulas lanjut, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, negara kini berada pada keadaan yang paling teruk dalam tempoh sembilan tahun ini.
"Tahun 2008, kita (Malaysia) telah naik, tetapi sekarang telah turun...iaitu, keadaan yang paling teruk dalam sembilan tahun ini. 
"Ini, kita boleh lihat ekonomi teruk, macam mana rakyat susah, ada buat bisnes (tetapi) bisnes turun, yang makan gaji (tetapi) gaji tak cukup belanja," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan kepada pemberita di sini, petang tadi.
Guan Eng bagaimanapun berkata, Pulau Pinang masih menunjukkan daya saing berbanding Kerajaan Pusat dan beberapa negeri lain.
"Kita (Pulau Pinang) berharap bahawa anggota pentadbiran Kerajaan Negeri dapat menghargai …

David Marshel syor tebatan di sepanjang Sungai Perai elak banjir berulang

PERAI - Kampung Manis semalam dilanda banjir setinggi 3 meter, serta mengakibatkan 12 keluarga setinggan di sini terjejas hidup.
Mengulas lanjut, Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) David Marshel berkata sampah-sarap dalam parit monsun mengakibatkan pintu air (flash gate) di sini tidak dapat berfungsi ketika air pasang di Sungai Perai.
"JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) pada tahun 2014 sebenarnya telah membina flash gate serta ban banjir, demi mengurangkan risiko bencana banjir di sini, dan sejak 2014, kawasan pinggiran Sungai Perai tidak pernah  dilanda banjir.
"Kawasan pinggiran Sungai Perai dilanda banjir semalam (5 Jun 2016) disebabkan oleh pembuangan sampah-sarap di sungai tersebut," ujar David Marshel kepada pemberita, selepas melawat kawasan bencana di sini, semalam.
Susulan itu, David Marshel meminta JPS segera membaik pulih flash gate serta mempertimbang pemajuan projek penarafan tebatan banjir di sepanjang Sungai Perai, demi mengulangka…

Guan Eng harap perniagaan bertambah baik, pengunjung selesa di medan selera baharu

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
MACHANG BUBUK - Kesemua 16 penjaja berwajib akan ditempatkan semula di Medan Selera Perkampungan Permatang Tinggi, selepas lebih 15 tahun menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan terbuka di sini. Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya berharap, aktiviti perniagaan di sini lebih selamat dan bertambah baik, serta memberi keselesaan kepada pengunjung.
"Lebih kurang satu setengah tahun lalu, beberapa penjaja mendekati Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti), iaitu Encik Boo Jak Seak untuk meminta sebuah pusat penjaja yang berbumbung.
"Ini kerana, ia akan menjadikan perniagaan mereka lebih selamat dan bertambah baik, selain, pelanggan boleh menikmati makanan mereka dalam persekitaran yang lebih selesa," jelas Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih pada Majlis Perasmian Medan Selera Perkampungan Permatang Tinggi di sini, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang merangk…