20 September 2016

Pakatan hadapi usul persempadanan semula kawasan p'raya SPR di P.Pinang

KETUA Menteri (tengah) pada sidang media di Sekolah Rendah Kebangsaan (SJK) Tamil Mak Mandi dekat Bagan pada 20 September 2016.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang hari ini mengadakan mesyuarat peringkat negeri bagi membentuk pendirian bersama berhubung usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pun begitu, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata Kerajaan Negeri meneruskan hasrat mengfailkan saman ke suruhanjaya itu berhubung usul tersebut di Mahkamah kelak.

"Memang diketahui umum bahawa SPR ini alat siapa, maka kita rasa akhirnya kita rasa BN akan mencapai hasratnya lah untuk mengalahkan parti-parti pembangkang secara cara tak beretika, tak bermoral dan tidak berperlembagaan ini. 

"Kita (Kerajaan Negeri) akan adakan cabaran di mahkamah tetapi kita tahu akhirnya ini bukan perkara yang mudah, tetapi kita akan cuba.

Dari aspek Pakatan Harapan, kita akan adakan mesyuarat di peringkat negeri," jelas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokrat (DAP) kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pembukaan Sudut Sains @ PPAPP di Perpustakaan Awam Pulau Pinang di sini pada pagi tadi.

Timbalan Ketua Menteri II Prof. P. Ramasamy yang juga Timbalan Pengerusi DAP negeri serta Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Pulau Pinang turut sertai majlis tersebut.

Guan Eng memberitahu pihaknya ketika ini masih belum mendapat sebarang pemakluman di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk bermesyuarat berhubung isu berbangkit tersebut. 

"Tetapi, saya rasa (mesyuarat peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan) ini akan diumumkan kemudian, tetapi kita akan adakan itu mesyuarat di peringkat negeri supaya kita ada satu pendirian bersama hari ini," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Selasa lalu, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri akan membantah usul persempadanan semula kawasan pilihan raya sebelum 14 Oktober ini.

Beliau mendakwa persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilakukan oleh SPR tidak berdasarkan prinsip 'one man, one vote, one value' serta bukanlah persempadan efektif dan adil.

"Contohnya (Kawasan Dewan Undangan Negeri) Paya Terubong, dia (SPR) tambah bilangan pengundi kira-kira 41,000 orang, sedangkan kawasan saya dia (SPR) kurangkan (jumlah) pengundi (berdaftar) saya tinggal 12,000 orang sahaja.

"Ini yang saya bantah, mengapa kurangkan pengundi di kawasan saya (KADUN Air Itam)," tanya Guan Eng.

Bermula 15 September lalu, SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah.

Kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah turut dipamerkan selama satu bulan bermula 15 Sept hingga 14 Oktober, bagi mendapatkan maklum balas awam serta proses bantahan semua pihak berwajib. 

Mewakili Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik yang juga wakil Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada 15 September lalu mengadakan pertemuan rasmi dengan Pengarah SPR Negeri Pulau Pinang, Fuad Mohd. Sharif.

Hanya Ahli Mujahid tidak hadir pada pertemuan tersebut.

SPR dalam pertemuan itu memaklumkan cadangan  persempadan semula kawasan pilihan raya hanya membabitkan Parlimen Balik Balik Pulau dan Kepala Batas sahaja.

Ini kerana, menurut SPR, kedua-dua kawasan terbabit mengalami perubahan populasi penduduk serta pertambahan kawasan taman perumahan.

Tze Tzin bagaimanapun meminta SPR supaya mengemukakan peta persempadan semula lama dan baharu serta senarai daftar pemilih induk kepada Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang.

"Saya fikir kami (Kerajaan Negeri) akan balik untuk mengkaji perkara yang mereka (SPR) maklumkan," jelas Tze Tzin.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus