24 September 2016

Malapetaka hartanah negara?


#DEKPOS  | Lebih 60 peratus permohonan pinjaman perumahan ditolak susulan Bank Negara mengetatkan syarat kelayakan, dedah REDHA Pulau Pinang.

Implisitnya, rakyat tidak mampu membeli rumah mampu milik pertama mereka, sungguhpun ditawar unit oleh Bahagian Perumahan Negeri Pulau Pinang.

Gambarannya rumah sukar dijual di negeri ini.

Institut Ejen-Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) Negeri Pulau Pinang mendedahkan jumlah transaksi jual beli kondominium dan pangsapuri untuk semua kategori dalam tempoh 2013 hingga 2015 menyaksikan angka penurunan.

Berbanding tahun 2013, jumlah transaksi menurun sebanyak 4.3 peratus pada 2014 dan pada tahun 2015 menyaksikan penurunan 16 peratus.

Untuk suku pertama (Q1) tahun 2016, jumlah jualan kondominium atau pangsapuri adalah sebanyak 537 unit berbanding tempoh sama pada tahun 2015 berjumlah 655 unit, dengan angka penurunan sebanyak 22 peratus.

Berdasarkan statistik Q1 2016 itu, nilai transaksi sebanyak RM324.72 juta sahaja, berbanding RM401.48 juta pada tahun 2015, dengan gambaran penurunan jumlah jual beli hartanah adalah sebanyak 23.6 peratus.

Malapetaka hartanah negara?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus