14 December 2016

Sedih Anwar kekal dizalimi rejim



Cerita Mahkamah Menolak Semakan Kehakiman Sdr. Anwar Ibrahim tersebar, tadi.

Keputusan itu sudah pasti akan menggandakan azam para pemimpin Pakatan Harapan untuk menentang kleptokrasi Datuk Seri Najib Tun Razak.


Biar Pan Malaysian Islamic Party sahaja yang terus cenderung kepada rejim perdana menteri itu atas nama 'menasihat'.

Rakyat perlu menjana sokongan agar United Malay National Organisation tumbang di Putrajaya.

Kalau boleh, kezaliman ke atas Sdr. Anwar ini akan menggandakan simpati rakyat untuk menolak Pan Malaysian Islamic Party di Kelantan.


"KALAU MAHKAMAH BEBAS, SAYA BEBAS," 
tekad Sdr. Anwar Ibrahim.


Hanya Allah tempat aku berserah.

Sabar buat Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Sedih!

Jangan terabai Masjid Kg. Binjai semacam nasib Orang Asli Kelantan

Lihat pautan video di bawah untuk melihat bahagian tandas serta beberapa struktur lain di Masjid Jamek Kampung Binjai dekat Bayan Lepas yang telahpun runtuh, akibat projek pemajuan jalan di sini.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob

Di Pulau Pinang, tak mudah juga Pan Malaysian Islamic Party nak tutup bangkai gajah United Malay National Organisation.

Melayu, khususnya di Balik Pulau tahu dalang yang mengaut untung atas angin sejumlah RM5 juta dalam tempoh tidak sampai empat bulan dengan menipu 9.362 ekar tanah milik 31 Melayu Kampung Terang.

Sejak jual beli atas angin pada 4 Oktober 2010 hingga kini, Setiausaha Umno Datuk Musa Sheikh Fadzil dan Dato' Omar Faudzar (Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor) diam seribu bahasa.

Implisitnya, orang Islam dan umat Melayu di Pulau Pinang kian sedar, jika Pan Malaysian Islamic Party menyokong United Malay National Organization pun, mereka perlu ditolak habis-habisan pada PRU14 nanti.

Puji Guan Eng

Sudah lama DAP digambarkan anti Melayu dan mahu menindas umat islam, kononnya ala Singapura.

Orang Islam dan umat Melayu yang pernah bertandang ke Singapura lebih tahu betapa hebatnya usaha memartabatkan Islam di negara republik itu.

Di Pulau Pinang, Ketua Menteri Sdr. Lim Guan Eng sejak 2008 lagi menunjukkan sikap serta komitmennya untuk memartabatkan Islam di negeri ini, sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Maka, tak hairanlah jika Guan Eng sendiri lantang mempertahankan rumah-rumah peneroka Melayu bandar di Kampung Mutiara daripada dimusnahkan oleh tuan tanah persendirian dan pemaju swasta, pada bulan Ogos 2015.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Sdr. Zairil Khir Johari, Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa (Naib Presiden AMANAH merangkap Pengerusi Amanah Pulau Pinang) dan Sdr. Zolkifly Md. Lazim (Pengasas Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah, RAGAS) antara pemimpin tempatan yang bangkit menolak kerakusan tuan tanah dan pemaju swasta berkenaan.

Bagi mereka, selagi tuntutan penduduk asal yang menusabah tidak dipenuhi oleh tuan tanah dan pemaju swasta, Kerajaan Negeri akan bersama rakyat.

Akhirnya, Kampung Mutiara terselamat hingga kini.

Orang Asli Kelantan

Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang jelas pendirian politiknya, mempertahan kepentingan rakyat sama ada Melayu atau Cina atau India, walaupun terpaksa bertindak dingin terhadap pemaju swasta dan tuan tanah persendirian.

Sikap pro rakyat sebegini seakan tidak ada pada Kerajaan Kelantan hari ini, yang masih dikuasai oleh Pan Malaysian Islamic Party.

Pan Malaysian Islamic Party habis-habisan menentang Orang Asli Gua Musang yang menentang pembalakan luar kawalan.

Begitu ramai Orang Asli ditangkap, dan tauke-tauke balak pada masa yanh sama kian mesra dengan pentadbiran Pan Malaysian Islamic Party di negeri jolokan 'Serambi Makkah'.

Ketika Konvensyen Nasional AMANAH sulung di Shah Alam, perwakilan Kelantan Ustaz Che Ibrahim Mohamad sangat dalam penjelasannya mengenai isu Kerajaan Kelantan 'berperang' dengan rakyat dan Orang Asli.

Maka, tak hairanlah jika Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan Ustaz Muhammad Husin, Sdr. Faiz Fadzil (Timbalan Ketua Pemuda AMANAH) dan Ustaz Wan Ji Wan Husin (Pengasas Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi) masing-masing yakin blok "Pakatan Harapan + BERSATU" mampu menyelamatkan Kerajaan Negeri Kelantan dari jatuh ke tangan Umno BN dalam PRU14 nanti.

Ini kerana, menurut mereka, Pan Malaysian Islamic Party kian bertempur dengan rakyat dan Orang Asli Gua Musang, demi mempertahankan kepentingan pemimpin tertentu parti serta tauke-tauke balak yang rakus.

Apabila sesebuah Kerajaan mula bertempur dengan rakyatnya sendiri, maka itu petanda awal mereka akan tumbang.

Isu Struktur Masjid Runtuh

Kelmarin, video tandas serta beberapa struktur Masjid Kampung Binjai dekat Bayan Lepas rosak dan runtuh akibat kerja-kerja pemajuan jalan oleh sebuah syarikat swasta menjadi viral di Facebook dan WhatsApp.

Bersama ahli kariah Kampung Binjai, Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim mendesak pemaju supaya mengambil tanggungjawab berwajib.

Menurut Pengerusi NGO Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Negeri Pulau Pinang itu, seinci pun bata masjid kalau nak diruntuhkan atas tujuan pelebaran jalan mesti mendapat kebenaran daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) serta fatwa Mufti Sohibus Samahah Dato' Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor.

Ziezull Hakim, pegawai khas kepada Exco Hal Ehwal Agama Islam Dato' Abdul Malik Abul Kassim turut hadir bersama perjuangan barisan ahli kariah masjid Kampung Binjai, meminta ulasan berwajib daripada pemaju swasta berkenaan.

Menurut sumber tempatan, pemaju berwajib sebenarnya telah pun memberikan sejumlah RM65,000 kepada Jawatankuasa Kariah Masjid Kampung Binjai.

Lantang lah Bersama Umat

Ada ahli jawatankuasa kariah turut meminta campur tangan seorang Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) atau Pegawai Penyelaras KADUN tertentu dalam isu membabitkan kepentingan pemaju, tetapi didiamkan.

Patut isu sebegini dirujuk kepada Ahli Majlis MBPP Tuan Haji Yusoff Noor kerana wakil AMANAH itu antara yang lantang hal kebajikan rakyat, terutama jika diabaikan oleh pemaju swasta.



Kata seorang wanita yang juga anak kariah tempatan, RM1,000 untuk menyewa tiga unit tandas bergerak milik MBPP yang dimohon pun, sebenarnya di luar kemampuan ahli kariah yang solat berjamaah di Masjid Kampung Binjai dekat Bayan Lepas tersebut.

Kalau ya pun pro pemaju swasta yang menaiktaraf jalan tersebut, pihak terbabit tak perlulah sampai memeras dana masjid berkenaan.

Dan, elok tidak mengugut pemimpin dan anggota ahli kariah yang mempersoal kejadian runtuhan tandas serta beberapa struktur Masjid Kampung Binjai akibat projek pemaju.

Mujur Timbalan Ketua Menteri II Dato' Mohd. Rashid Hasnon cepat campur tangan, dengan mengepalai hasrat ahli kariah tempatan yang mahu memulihara semula struktur Masjid Kampung Binjai.

Inisiatif Mohd. Rashid yang juga ADUN Pantai Jerejak memanggil semua pegawai kerajaan berwajib serta pemaju untuk cakna dengan suara ahli kariah Masjid Kampung Binjai sehari kemudian, patut dipuji.

Mohd. Rashid seperti Guan Eng, Mujahid, Zairil, Zolkifly yang dilihat lebih cakna dengan keluh-kesah rakyat berbanding pemaju projek naik taraf jalan berkenaan.

Sikap semua pemimpin Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang ini akan memberi gambaran kepada orang Islam dan Umat Melayu bahawa usaha memartabatkan Islam di negeri ini sungguh dan serius.

Biar United Malay National Organisation sahaja yang mengkhianati tanah 31 Melayu Kampung Terang Balik Pulau, demi 'dedak' pemaju swasta.

Biar Pan Malaysian Islamic Party sahaja habis-habisan bertempur dengan rakyat dan Orang Asli Guar Musang, demi 'dedak' pemaju projek pembalakan Kelantan.

Jangan ugut atau perangi Ahli Kariah Kampung Binjai, mereka hanya mahu pemaju bertanggungjawab atas kerosakan pada tandas dan struktur masjid mereka saja.

Setuju?


Lihat bersama di sini.

Siapa 'Kawan Makan Kawan' di Parlimen Batu?

TIAN Chua (duduk, paling kiri) antara pemimpin yang hadir pada Majlis Menandatangani Perjanjian Politik Pakatan Harapan dan BERSATU, 13 Disember 2016.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob 

Naib Presiden KeADILan Sdr. Tian Chua sendiri memberi laluan kepada AMANAH, jika berhasrat untuk bertanding di Parlimen Batu yang masih disandangnya kini. 

Tian Chua bercakap sebegitu sebagai reaksi pada ucapan Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Sany Hamzan dalam Konvensyen Nasional sulung baru-baru ini. 

Mohd Sany yang dikenali lantang antara lain menyatakan kesediaan AMANAH untuk meletakkan calon di Batu, jika Tian Chua masih bergantung harap dengan kekuatan Pan Malaysian Islamic Party untuk mempertahankan kerusi parlimen itu dalam PRU14.

Tian Chua orang lama dalam perjuangan reformasi. Kalau beliau menyatakan kesediaan untuk memberi laluan kepada AMANAH di Batu sekalipun, perlu dibaca kenyataannya itu secara tekstual dan kontekstual.

Tian Chua jiwanya besar, sebab itu beliau turut sertai Majlis Memeterai Perjanjian Politik antara Pakatan Harapan dan BERSATU.

Kedudukannya di Batu adalah perkara penting, namun lebih penting adalah membawa PAS bersama-sama Pakatan Harapan dan BERSATU dalam blok pembangkang, supaya wujud situasi 'satu lawan satu'.

Sebagai orang lama dalam politik, Tian Chua sudah tentu tahu Pan Malaysian Islamic Party ada membawa liabiliti tersendiri di Batu kerana majoriti Cina menolak sesiapa sahaja yang cenderung pada kezaliman pemimpin kleptokrasi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kalau ada dalam fikirannya bahawa AMANAH mampu mempertahankan kerusi Batu dalam PRU akan datang sekalipun, Tian Chua tentu ada alasan dan fisarat politik tersendiri untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan yang diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Cerita Tian Chua respons Mohd. Sany ini mungkin juga kerana AMANAH kian diterima oleh majoriti komuniti Cina, sungguhpun segelintir Melayu mungkin masih berbelah bahagi dengan hala tuju parti masa depan itu.

Di Batu, Isnin lalu, saya ada bersembang dengan pemimpin AMANAH Bukit Bintang "Sdr. Badiaq" dan Blogger Penarik Beca aka Pak Bakaq Haq serta beberapa bekas pemimpin Pan Malaysian Islamic Party peringkat kawasan.

Mereka juga menyanjung tinggi jiwa besar Tian Chua menyambut kelantangan Mohd Sany. 

Ada juga mengharapkan Mohd Sany mempunyai watak negarawan semacam Timbalan Presiden AMANAH Sdr. Salahudin Ayub yang cenderung untuk berbincang dan berunding, jika ada keperluan dengan parti-parti rakan atas semangat setiakawan.

Menurut mereka, tidak kiralah Tian Chua atau calon AMANAH yang akan bertanding di Batu, AMANAH akan bekerja keras.

Kalau terpaksa terpaksa menghadapi situasi tiga penjuru akibat sabotaj oleh calon Pan Malaysian Islamic Party, AMANAH mesti mempertahankan kerusi Batu suapan tidak dirampas kembali oleh blok kleptokrasi Najib.

Kata mereka, Salahudin bermukim di Batu sejak dipilih menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian (2004 - 2013) hingga sekarang masih bermukim di Batu. 

Kalau beliau mempunyai hubungan yang baik dengan semua kaum, seperti Tian Chua pun, padan lah.

Maka mereka berdua yakin Salahudin mampu menarik pengundi Cina menyokong sesiapa sahaja calon Pakatan Harapan yang akan bertanding di Parlimen Batu, dan ini mungkin salah satu firasat politik Tian Chua.

Apabila Ketua Pemuda Pan Malaysian Islamic Party Kawasan Batu, Nurul Islam Mohamad Yusof menuduh AMANAH bersikap 'kawan makan kawan', jangan ingat Tian Chua seorang yang naif.

Pan Malaysian Islamic Party yang 'kawan makan kawan' KeADILan dalam PRU lepas, di DUN Kota Damansara dan Sungai Acheh.

Baru-baru ini pemimpin Pan Malaysian Islamic Party secara terbuka menyatakan hasrat untuk bertanding semua kerusi di Parlimen Permatang Pauh.

Presiden KeADILan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah penyandang kerusi parlimen itu, manakala Timbalan Ketua AMK Dr. Afif Bahardin dan pemimpin wanita negeri Dr. Norlela Ariffin masing-masing masih menyandang kerusi DUN Seberang Jaya dan Penanti.

Semua ini dalam perkiraan Tian Chua, dan jangan di Parlimen Batu jua Pan Malaysian Islamic Party memasang niat untuk 'kawan makan kawan' masa PRU14 nanti.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus