Skip to main content

Posts

Showing posts from December 19, 2016

Lydia Ong tak kisah dikenali sebagai 'YB Lantang' . . .

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEPENGGAL juga masa diambil oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit, Lydia Ong Kok Fooi sejak tahun 2008 untuk menyelesaikan cabaran banjir kilat di sekitar kawasan Kampung Baru dan kawasan perumahan B Garden.
Lydia Ong dalam Jelajah Sedia Mendengar baru-baru ini memberitahu projek perparitan B Garden dimulakan pada tahun 2012 dan siap dirasmikan selepas Pilihanraya Umum Ke-13, dalam tahun 2013.
"Sejak tahun 1999 lagi, limpahan air hujan di B Garden mengakibatkan beberapa kawasan di Kampung Baru akan dilanda banjir kilat, tetapi saya mengambil masa sepenggal juga untuk menyelesaikan cabaran banjir di sini.
"Di tempat-tempat lain, saya berasa Berapit ini bertuah kerana di sini bukanlah kawasan banjir kilat.
"Kalau berlaku juga banjir kilat, mungkin disebabkan fenomena hujan lebat yang berterusan atau mungkin juga begitu banyak sampah tersekat pada parit laluan utama air di B Garden dan Kampung Baru," tegas Lydia Ong dalam sesi bual bi…

Mudahkan agihan zakat, rapatkan jurang sosial umat, tegas Timbalan YDP MAINPP

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BERTAM – Zakat Pulau Pinang (ZPP) akan terus membantu Kerajaan Negeri merapatkan jurang sosial antara golongan kaya dan miskin di Pulau Pinang, dengan memastikan sistem agihan dana zakat sampai kepada semua golongan asnaf berwajib.
Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Dato' Abdul Halim Hussain berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Saguhati Guru Agama & Al-Quran 2016 baru-baru ini.
"Tiap-tiap kita mempunyai tanggungjawab pada umat Islam yang lain dari segi agama dan wang ringgit duniawi.
"Maka, syariat zakat ini juga membawa maksud yang sama, mampu merapatkan jurang antara yang kaya dan (golongan asnaf seperti) miskin, fakir, amil (pengurus zakat), mualaf (saudara baru), riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan), gharimin (penghutang muslim), fisabillillah (orang yang berjuang kerana Allah) serta ibnus sabil (musafir)," jelas Abdul Halim dalam majlis yang berlangsung di Dewan Millenium Kepal…

Joe Sidek harap dapat banyak proposal berkaitan Melayu untuk GTF 2017 sebelum 15 Jan.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Penganjur dan penggiat muzik tradisonal Melayu dialu-alukan menghantar proposal acara untuk Festival George Town 2017 (GTF) sebelum 15 Januari tahun depan.
Kurator GTF, Joe Sidek berkata, pihaknya juga berhasrat untuk saling bekerjasama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Universiti Sains Malaysia (USM) sendiri, demi mempopularkan lagi tradisi Melayu dalam festival bertaraf antarabangsa tersebut, selama hampir 2 bulan mulai 28 Julai hingga 3 September 2017 nanti.
"Di sini saya ingin merayu kepada pengauturcara dan artis tempatan untuk tampil ke hadapan dan berkongsi idea-idea mereka untuk perbincangan, persembahan dan acara-acara lain yang boleh menjadikan kita sebagai tuan rumah pada tahun hadapan," jelas Joe Sidek pada sidang media bersama-sama Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini, petang tadi.
Katanya, sejak 15 Oktober lalu lagi pihaknya memanggil semua pi…

MPSP harap SPICEC 2016 tarik peminat aktiviti tinjau burung hijrah sedunia ke Seberang Perai

Oleh: ZAINULFAQARYAACOB
Persidangan Antarabangsa Seberang Perai Untuk Eko-Pelancongan Dan Usaha-Usaha Memulihara Alam 2016 (SPICEC 2016) baru berlangsung di The Light Hotel dekat Seberang Jaya selama tiga hari bermula pada 24 November.
Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Dato' Maimunah Mohd. Sharif berharap persidangan antarabangsa yang buat julung-julung kali dianjurkan itu mampu mempromosikan beberapa destinasi eko-pelancongan di bahagian Seberang Perai. 
"Objektif persidangan ini antaranya untuk mewujudkan ruang kepada para peserta industri, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk saling berkongsi pandangan, idea-idea dan strategi bagi menggalakkan industri eko-pelancongan dan juga usaha-usaha pemuliharaan dalam eko-pelancongan itu sendiri.
"Semua peserta persidangan antarabangsa ini turut akan dibawa melawat beberapa tapak eko-pelancongan di Daerah Seberang Perai Utara (SPU) seperti Hutan Pendidikan Air Itam Dalam dan Pasar Bisik; dan…