Skip to main content

Posts

Showing posts from December 21, 2016

Kuasa Melayu hilang apabila Umno kalah?

Oleh: Zainulfaqar Yaacob*

Sejak tahun 1969, DAP sertai pilihan raya di tanah air ini.
Sehingga kini, DAP bersama-sama parti-parti pembangkang lain masih belum berjaya mendapatkan mandat rakyat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.
Ertinya DAP sudah begitu banyak kali kalah dalam PRU13. 
Namun, DAP masih mengambil bahagian dalam proses demokrasi dan pilihan raya.
Ini kerana, DAP adalah parti yang sah ditubuhkan di bawah Penfadtar Pertubuhan (ROS).
Jika UMNO kalah dalam PRU14 akan datang, parti perkauman itu hanya kalah dalam pilihan raya sahaja, dan masih boleh mengambil bahagian dalam proses pilihan raya negara secara demokratik, seperti DAP pada hari ini.
Kalah di Pulau Pinang
Kekalahan Barisan Nasional dalam PRU12 (8 Mac 2008) di Pulau Pinang sekaligus menunjukkan UMNO yang masih mempunyai 10 ADUN kini pun kalah, kerana mereka tidak lagi menguasai Kerajaan Negeri ini. 
Adakah kuasa Melayu sehingga kini telah hilang, selepas UMNO kalah di Pulau Pinang sejak tahun 2008?
Khianat Melayu …

RM47 bilion Pelan Induk Pengangkutan meliputi Seberang Perai juga, respons Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 
BERTAM - Kenaikan kos pemajuan Pelan Induk Pengangkutan (TMP) menjadi RM47 bilion berbanding anggaran asal sebanyak RM27 bilion kerana projek-projek yang dicadangkan kemudian meliputi bahagian Seberang Perai, bukan terhad di bahagian Pulau sahaja.
Lagipun berkata Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, RM27 bilion itu adalah angka yang dianggarkan oleh Halcrow Consultants Sdn Bhd dalam kajiannya di bahagian Pulau sahaja, serta Permintaan Cadangan (RFP) sebelum inipun berdasarkan angka tersebut. 
"Itulah sebabnya kalau ada sistem LRT (Transit Aliran Ringan) bukan sahaja di bahagian Pulau, tetapi mesti menyeberang laut dan mesti sampai ke tanah besar Seberang Perai, baik ke Butterworth, Bukit Mertajam,  dan Seberang Perai Selatan. 
"Itulah sebabnya kos tinggi, kalau ke bahagian Pulau sahaja anggarannya RM27 bilion, tetapi jika merentasi laut ke Seberang Perai, anggaran kos mungkin lebih RM47 bilion, respons Guan Eng di Dewan Milenium Kepala Batas di …