30 March 2017

Punca 'tangan panjang' Ketua Umno Bahagian tak bankrap dipersoal MP PAS




RUPA-RUPANYA Ketua Umno Kepong Datuk Rizuan Abdul Hamid yang melafazkan "Saya berani mati untuk Najib" dalam PAU2015 bersebab.

Rizuan berdepan risiko bankrap, kerana gagal membayar balik hutang kepada institusi kewangan Malaysia Building Society Berhad, iaitu syarikat subsidiari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tapi, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh atas kedudukannya sebagai Ketua Setiausaha Sulit Kepada Perdana Menteri cuba 'menyelamatkan' Rizuan dengan menulis surat arahan kepada Datuk Seri Ahmad Zaini Othman, iaitu Presiden merangkap CEO MBSB.





Di Dewan Rakyat pada 29 Mac lalu, Dato' Mahfuz Omar mendedahkan isi kandungan surat tersebut, yang mengarahkan MBSB mengetepikan Notis Kebankrapan dan penyelesaian pinjaman bank di luar mahkamah ke atas Rizuan.

"Ketua Umno Bahagian Kepong, Wilayah Persekutuan, iaitu suami kepada Ketua Audit Negara sekarang ini (Tan Sri Madinah Mohamad).

"Bagaimana orang politik yang mempunyai hubungan 'tangan yang panjang' dengan orang yang berkuasa di dalam negara kita, untuk mereka mengelak diri daripada diambil tindakan (seperti) diisytiharkan bankrap oleh pihak yang memberi hutang," jelas Ahli Parlimen PAS bagi Kawasan Pokok Sena, Kedah.

Sebenarnya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan pemimpin pembangkang yang mula-mula membangkitkan isu kontroversi tersebut, pada sesi pagi di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, 'tangan panjang' Rizuan itu sekaligus menjejaskan kepentingan awam kerana MBSB adalah syarikat subsidiari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu badan semua pekerja mencarum wang mereka.

Mahfuz yang sedang menunggu masa diusir keluar dari PAS tetap lantang ketika membahaskan RUU (Pindaan) Kebankrapan 1967, yang mahu memberi peluang kedua kepada individu pernah diisytiharkan bankrap.

Pindaan itu juga turut membincangkan kadar kebankrapan dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM50,000.

Kelantangan Mahfuz menentang Umno BN ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru 'mempermain' RUU355 PAS semalam, sekaligus menunjukkan bukan semua ahli parlimen parti Islam berkenaan berdiam diri bak 'pasu bunga' di Dewan Rakyat.

Pepatah Melayu pun ada menyebut, "pisang setandan takkan semuanya busuk..."



Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus