25 April 2017

Jumlah lesen anjing dikeluarkan MPSP menurun 60% membimbangkan



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

BERAPIT - Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Joshua Woo Sze Zeng melahirkan rasa bimbang mengenai aktiviti pemeliharaan anjing tanpa lesen dan vaksin berwajib, di kalangan komuniti.

Berdasarkan data MPSP, katanya, sejumlah 7,625 lesen anjing dikeluarkan pada tahun 2015 dengan penurunan kira-kira 63 peratus menjadi 2,821 lesen sahaja pada tahun lepas.

"Lesen ini bukan sahaja demi memastikan tahap kesihatan anjing bebas daripada wabak, juga menjaga keselamatan manusia daripada risiko yang tidak diingini," jelas Joshua Woo kepada pemberita di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong di sini pada petang tadi.

Penjelasannya itu sekaligus menjawab isu anjing berkeliaran di jalan utama dekat Bagan Nyior Juru, yang tular dalam media sosial Page Facebook tertentu sejak 24 April lepas.

Joshua Woo memberitahu, Undang-undang Kecil Kawalan Anjing MPSP 1982 diwartakan sejak 35 tahun lepas, dan bukanlah untuk membebankan para penjaga anjing di Seberang Perai.

"Undang-undamg ini bukanlah untuk membebankan penjaga anjing tetapi untuk memantau sekiranya terdapat kes kecemasan seperti penularan virus," jelas beliau sambil memberitahu Seberang Perai masih dalam tempoh setahun sebelum diumumkan bebas daripada Rabies.

Menurut Joshua Woo, yuran permohonan lesen anjing di Kompleks MPSP Jalan Betik serendah RM10 jika binatang pemeliharaan telah diberi vaksin.

"Bagi anjing yang tak vaksin, bawa penyata cukai taksiran, kad vaksinisasi (jika ada) dan anjing kepada MPSP Jalan Betik, dengan yuran RM10 untuk lesen dan RM35 untuk vaksin.

"Sebagaimana yang ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil Kawalan Anjing MPSP 1982, 9 (1): Tiap-tiap seekor anjing, sama ada ianya berada di luar atau di dalam rumah di dalam kawasan Majlis hendaklah memakai kolar yang dipasangkan kepadanya lencana pendaftaran.

"Tag lesen itu hendaklah dipakai oleh anjing itu setiap masa.

"Kalau didapati tiada lesen dipakai oleh anjing, pemilik akan dikenakan kompaun RM150 kalau dibayar dalam masa 7 hari; RM200 jika bayar selepas tujuh hari dan sebelum 14 hari; dan RM250 jika selepas 14 hari," jelasnya.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus