Skip to main content

Bolehkah tarif air domestik semua negeri serendah P.Pinang?

PENULIS sarapan pagi ini di warung mamak berteman secawan ais batu dan air suam. Alhamdulillah!



Oleh: Zainulfaqar Yaacob

#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial


Diskusi Ekonomi | Agak-agak saham SYABAS akan jatuh merudum tak jika Kerajaan Selangor melalui GLC-nya mengumumkan hasrat untuk menerbitkan Bon Jaminan Korporat bagi menubuhkan syarikat urus air 100% milik penuh negeri, seperti Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)?


Calon Menteri Besar Selangor baharu boleh mengemukakan manifesto Harapan yang mencadangkan syarikat urus air 100% milik negeri akan memastikan air domestik sebagai 'keperluan' dan bukan lagi komoditi komersial.


Katakan, Saari Sungib dari AMANAH berkata, Kerajaan Selangor dengan Bon Jaminan Korporat ini boleh untuk menubuhkan syarikat urus air ini sendiri; ataupun membeli kepentingan terbanyak dalam Syabas selepas saham di kedudukan terendah kelak.


Bon Jaminan Korporat Kerajaan Selangor adalah paling selamat untuk menjana pelaburan serta dibeli oleh pemodal produktif serta bank-bank komersial.


Kepentingan Guthrie di 'Bursa Saham London' jatuh teruk apabila pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad secara perundangan sahaja dengan mengubah dasar negara melarang eksport getah mentah, bukan kuasa kewangan pun.


Lalu, beberapa proksi Malaysia di Bank Negara Malaysia kemudiannya berjaya 'merampas balik' kepentingan terbanyak dalam Guthrie di London.


Bayangkan...