Skip to main content

Jeremy Corbyn hasrat naik cukai pendapatan sehingga 45%, Pakatan Harapan komited hapus GST

JEREMY Corbyn.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob

Politik Ekonomi | Manifesto Parti Buruh menaikkan cukai pendapatan tertinggi sehingga 45% digambarkan akan mengakibatkan UK bankrap, lapor portal berita atas talian telegraph.uk.co pada 17 Mei 2017 lalu.

Sebenarnya 90% rakyat yang berpendapatan tahunan kurang daripada £80,000 tidak akan dibebani cukai pendapatan tersebut.

10% rakyat terkaya sahaja yang akan terbeban, jika Manifesto Jeremy Corbyn itu dilaksanakan kelak.

Mungkin Corbyn sendiri percaya bahawa kenaan cukai pendapatan bukanlah demi menjana hasil pendapatan negara semata-mata.

Tujuan pelaksanaan cukai sebenarnya demi  mengurangkan jurang sosial antara 10% orang kaya dan 90% orang kebanyakan (termasuk golongan miskin) di tanah air.



(Dari kiri) ZOLKIFLY Md. Lazim (Pengerusi Bahagian PPBM @ BERSATU Balik Pulau), Shameer Sulaiman (Naib Pengerusi Armada PPBM negeri), Shazni Munir Mohd. Ithnin (Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional), Penulis, Shukri Mokhtar (wakil pemimpin muda DAPSY) dan Asrol Sani Abd. Razak (Ketua AMK PKR Pulau Pinang) dalam Forum Ekonomi - Gaji Setimpal Kerjaya: Apa Respons Anak Muda? pada 9 Julai 2017 lalu.


Dalam forum tersebut, Shazni Munir ditanya, adalah AMANAH bersetuju untuk menaikkan cukai pendapatan (atau cukai korporat) sehingga 45% seperti hasrat Corbyn, jika ya GST (Cukai Barangan & Perkhidmatan) yang dijangka menjana RM39 bilion hasil tahunan baharu mahu dihapuskan kelak?

Dalam reaksi spontan, pemimpin progresif AMANAH itu berkata, pelabur akan lari meninggalkan Malaysia jika kadaran cukai pendapatan setinggi 45% itu dilaksanakan kelak.

Saya ada cadangkan pemuda AMANAH nasional melaksanakan forum ekonomi susulan kelak - Adalah Orang Kaya Akan Lari Meningggalkan Malaysia jika Kerajaan Laksana 45% Cukai Pendapatan?


PENULIS di anjung udara pasar raya Gurney Paragon, Pulau Pinang sebelum menonton filem Super-Man Homecoming di sini pada 8 Julai 2017 lalu.


Pada 13 Julai 2017, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Tuan Haji Mohammad Sabu dan Sdr. Lim Guan Eng yang mewakili PPBM/BERSATU, PKR, AMANAH dan DAP masing-masing mencapai begitu banyak lagi konsesus bersama, selain mula mempopularkan satu logo bersama Pakatan Harapan.

Paling gembira adalah Pakatan Harapan dalam tempoh 100 hari pertama selepas menang PRU14 nanti akan menghapuskan GST.

Bagi saya tidak memadai blok pembangkang hanya menyatakan komitmen untuk kadaran sifar GST atau menghapuskan terus cukai membebankan 90 rakyat Malaysia sehingga kini.

Sayap pemuda, khususnya pihak Shazni Munir perlu membincangkan wacana ekonomi secara lebih real - Adalah Orang Kaya Akan Lari Meningggalkan Malaysia jika Kerajaan Laksana 45% Cukai Pendapatan?


PENYOKONG Pakatan Harapan tular di media sosial Facebook sejak 13 Julai, bahawa kombinasi personaliti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah gandingan terkuat blok pembangkang untuk menewaskan rejim kleptokrasi UMNO BN serta sekutunya Pan Malaysian Islamic Party dalam PRU14 nanti.


Awal pagi 15 Julai 2017 tadi di Seremban dekat Negeri Sembilan, saya, Ketua Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Reduan dan seorang lagi komrad lain (saya lupa namanya) ada berbincang jua isu berbangkit - Adalah Orang Kaya Akan Lari Meningggalkan Malaysia jika Kerajaan Laksana 45% Cukai Pendapatan?

Saya bertanya, tak bolehlah SAMM mengambil sikap yang lebih lunak pada kombinasi Tun Dr. Mahathir dan Sdr. Anwar?

Katanya, blok pembangkang seakan terlalu bergantung pada politik personaliti, hatta konsesus Pakatan Harapan pun dilihat terlalu bersifat peribadi sebab sentimental Tun Dr. Mahathir dan Sdr. Anwar.

Katanya lagi, blok pembangkang memang ada menyatakan komitmen untuk menghapuskan GST, tetapi tiada polisi ekonomi.

"Anak muda susah nak kerja dengan gaji yang lebih baik, susah nak miliki rumah, belanja rumah makin meningkat, saiz ekonomi tak berkembang sampai susah anak muda berniaga nak ganda pendakatan.

"Aku setuju dengan kau, Faqar...pembangkang perlu mempunyai solusi - bagaimana nak membesarkan saiz ekonomi Malaysia agar sejajar dengan peningkatan populasi rakyat," respons Edy.

Edy turut menjelaskan sebab musabab Pengerusi SAMM, CheguBard atau nama sebenarnya komrad Badrul Hisham Shaharin dilihat begitu konsistan lantang di Facebook, mengkritik personaliti Tun Dr. Mahathir dan pasukan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Mohamed Ali hingga kini.  

Malah, Edy turut meminta reaksi balas saya pada Tun Dr. Mahathir menjadi sebahagian pemimpin utama dalam blok oposisi Pakatan Harapan, kini.  

Di depan Edy, saya sendiri sedar yang diri ini begitu berhati-hati dan takut untuk menjawab soalan itu.  Tunggu tulisan seterusnya, saya akan jelaskan - Apakah sikap Corbyn apabila dipelawa untuk saling bekerjasama dengan Theresa May di UK!  

END.