Skip to main content

Apa itu dasar penswastaan, neo-liberalisme & orde-liberalisme?

GAMBAR dasar penswastaan Margaret Thatcher yang ditentang oleh buruh wanita muda Amerika Syarikat sendiri. Baca Thatcherism and Youth Work – Privatising the Public, Marketising the Practice.




Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial

Politik Ekonomi | Sebelum Tun Dr Mahathir melaksanakan dasar penswastaan secara besar-besaran di Malaysia, Margaret Thatcher telahpun gagal melaksanakan dasar neo-liberalisme di Amerika Syarikat.

Selepas Konsesus Washington, Neo Leberalisme hanya dilaksanakan oleh Amerika Syarikat di negara-negara dunia ketiga sahaja.

Jerman Timur laksana rumah mampu sewa 'sampai mati' sejak zaman sebelum Adolf Hitler lagi.

GAMBAR unit kediaman kampung di Berlin pada bulan Januari 1946, ketika pemerintah Jerman Timur melaksanakan dasar rumah mampu sewa yang mempunyai saiz lantai dan fasiliti sama. Baca Most Germans don’t buy their homes, they rent. Here’s why.

Selepas runtuhnya tembok Berlin pada 1989, Jerman Timur dan Jerman Barat bersatu. 

Pemerintah Jerman (termasuk di Jerman Barat) pun melaksanakan dasar rumah mampu sewa secara besar-besaran di Barat dan Timur Negara itu.

Sehingga kini, Pemerintah Jerman melaksanakan pemodalan secara besar-besaran (industrialization capitalsm) dengan membina sendiri rumah mampu sewa, dengan menubuhkan bank pembangunan perumahan yang 100 peratus dimiliki oleh pemerintah untuk membiayai projek mega tersebut.

Industrilisasi kapital ini dilaksanakan bukanlah kerana Jerman cenderung kepada faham anti fasis (seperti era Jerman Timur dulu), tapi mereka takut rakyat terbanyak di kedua-dua blok georgrafi Timur dan Barat cenderung pada faham komunisme ekstrem.

Dasar industriliasi pemodal ini turut dilaksanakan dalam sektor pengangkutan awam dll. 

Pengangkutan awam rakyat bernama Monorel ke Berjaya Times Square Kuala Lumpur bukan milik Kerajaan Persekutuan Malaysia kerana pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamed ketika itu menyerahkannya kepada 'Cukong' Vincent Tan. Tapi, sehingga kini keretapi awam Deutsche Bahn AG adalah milik penuh rakyat dan pemerintah Jerman.

Sebab itu, keretapi Deutsche Bahn AG pun sehingga kini masih 100 peratus milik kerajaan Jerman sebab dasar industriliasi pemodal.

Volkswagen yang berjalan hebat dan mewah di Malaysia bukan sebab syarikat swasta di Jerman yang bina, tapi sebab 100% milik kerajaan Jerman melalui dasar industrilisasi ini.

Gambarannya dasar neo liberalisme yang pernah gagal dilaksanakan di Amerika Syarikat sehingga kini tidak pernah dilaksanakan di Jerman.

Kerana itu, ada sesetengah pihak menganggap di Jerman pun, memang ada institusi seperti IDEAS yang mempromosikan faham Neo Liberalisme dalam parti-parti politik dll.

Cuma di Jerman, tidaklah disebut dasar penswastaan (baca: privatization) atau Neo Liberalisme, sebab dalam bahasa Jerman disebut Orde Liberalisme.

MUNGKIN ramai tidak tahu bahawa industri automotif Volkswagen ditubuhkan pada 26 Mei 1938 ketika era Adolf Hitler lagi dan sehingga kini milik negara Jerman. Di atas gambar Volkswagen Beetle pada era 1951.

Ini dialektik historikal materialisme, bagaimana kaum pemodal (kapitalis) di Jerman sendiri yang menguasai kuasa pemerintahan negara melaksanakan industriliasi pemodal, untuk mengekang pengaruh komunisme di sana.

Kapitalis yang melaksanakan industrilisasi modal ini adalah lebih sihat berbanding kapitalis yang memanipulasi aset.

Kapitalis yang melaksanakan industrilisasi kapital sebegini menyumbang pada peningkatan produktiviti negara, membesarkan saiz ekonomi, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, rumah mampu sewa dll.

Yang tak sihat adalah kapitalis yang menjana keuntungan secara spekulatif. Contohnya, beli tanah untuk manipulasi aset - manipulasi net worth hartanah, orang tengah, sub kontraktor, yang akhirnya menjana lambakan hartanah dll.

Contohnya Zainulfaqar Yaacob. Consortium Zainulfaqar Construction Berhad bukan terlibat pun dapat kerja pembinaan, tapi terlibat dalam tender terbuka untuk manipulasi nilai hartanah yang pemodal itu ada, untuk jana keuntungan secara spekulatif untuk refinancing di bank.

Syarikat Kontraktor A adalah pemaju sebenar, memang ada jentera, ada tukang bancuh simen, ada besi dan kemahiran. 

Zainulfaqar lantik Syarikat Kontraktor A untuk bina 'rumah mampu milik' Zainulfaqar sendiri dengan agihan upah - kos sejumlah 30:70.

Selepas siap, 'Rumah Mampu Milik' ini tetap tak jadi milik Kerajaan, sebab ia hakikatnya adalah milik syarikat kontraktor spekulatif Zainulfaqar yang bijak tadi.

Apabila ada yang bising, Zainulfaqar pergi bisik ke ahli politik, "biar pemaju swasta buat sebab Kerajaan tak ada duit, dan akan bankrap jika hutang melebihi 55% berbanding GDP."

GAMBAR forum politik 'Mahathir: Agen Perumahan atau Agen Pemusnah?' pada 25 Julai 2017 di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur - Selangor (KLSCAH), antara lain cuba mengolah persetujuan anak muda mesra pembangkang kononnya Tun Dr. Mahathir adalah 'kuasa rakyat' bagi menumbangkan rejim kleptokrasi pada PRU14 nanti.

Lalu, di Malaysia pun - ketika dan mungkin selepas turunnya rejim kleptokrasi kelak - bukan sahaja terus mengamalkan dasar rumah mampu milik swasta hattta mengakibatkan Over Production, bahkan rejim baharu itu terus mengekalkan dasar-dasar penswastaan semua sektor termasuk projek perumahan.

Kononnya dasar penswastaan yang dilaksanakan adalah untuk membantu Kerajaan mempercepat pembangunan negara, hakikatnya adalah membantu 'cukong' tidak kita Melayu atau Cina atau India di tanah air ini sahaja.

Di Malaysia disebut 'dasar penswastaan', di Amerika Syarikat disebut 'Neo Liberalisme' dan di Jerman (kononnya ada) disebut 'Orde-Liberalimse'.

Setuju?.