Skip to main content

Projek Forest City babit pemaju swasta dari China, respons kepada economis anti ECRL

PENULIS merakamkan gambar peribadi sementara menunggu sidang media di Pejabat Ketua Menteri dekat Komtar bermula, 22 Ogos lalu.

Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Ekonomi | Andaikan Zainulfaqar Construction Ltd. Berhad dari Pulau Pinang, Malaysia terlibat dalam membina jajaran landasan keretapi elektrik di Jakarta.

Ia adalah syarikat swasta milik Zainulfaqar Yaacob sahaja, bukannya syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang status syarikat berkaitan kerajaan (GLC) persekutuan Malaysia.

PDC atau Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang adalah contoh GLC yang 100 peratus dipunyai oleh Kerajaan Negeri.

DanaInfra Nasional Berhad atau Khazanah Nasional Berhad adalah contoh GLC Persekutuan yang 100 dipunyai oleh Kerajaan Persekutuan kerana ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan sendiri. 

Jika projek jajaran keretapi elektrik di Jakarta, Indonesia ini dibina oleh Dana Infra Nasional atau Khazanah Negara, baru lah boleh dikatakan bahawa projek infrastruktur negara itu dibina oleh syarikat milik Kerajaan Malaysia.

Pelajarannya di sini adalah, bukan semua syarikat dari Malaysia adalah milik Kerajaan Malaysia, jika terlibat dalam projek infrastruktur di mana-mana negara lain.

Zainulfaqar Construction Ltd. adalah contoh syarikat swasta dan bukan milik Kerajaan Malaysia, sungguhpun berasal dari Malaysia, Pulau Pinang.

Forest City 

Projek Forest City di Johor Bharu membabitkan kontraktor swasta dari China, bukannya syarikat berkaitan kerajaan dari negara itu.

Projek Forest City ini adalah projek usahasama (JV) antara pemaju spekulatif swasta dari China, Country Garden dengan pihak Kerajaan Johor, antara lain untuk mewujudkan pulau buatan dan pembangunan bandar baharu di Selatan Semenanjung Malaysia.

Country Garden memang syarikat pemaju spekulatif swasta dari China, sama seperti Zainulfaqar Construction Ltd. dari Malaysia yang terlibat dalam projek infrastruktur awam di Jakarta.

Fahamnya di sini, China tidak boleh digeneralisasi gagal jika  Country Garden mungkin gagal melaksanakan projek Forest City di Johor nanti.

Ini nota penting untuk menjawab dakyah ekonomis mesra Pakatan Harapan yang cuba generalisasi syarikat kontraktor milik penuh negara China dibimbangi gagal melaksanakan ECRL, dengan mengambil pengalaman terdahulu Forest City di Johor.

Setuju?