Skip to main content

Bayangkan KDNK kembali dalam rupa material...

PENULIS (paling kiri) merakamkan gambar bersama-sama pegawai Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ustaz Wan Ji Wan Hussin (tengah); dan pakar perlembagaan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dalam satu wacana politik undang-undang di Seberang Jaya baru-baru ini.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial

Wacana Ekonomi | Ada pelbagai cara untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut skala tahunan atau suku tahunan (Q1 - Q4).

Katakanlah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mula merekodkan industri pelacuran sebahagian daripada hasil sektor perkhidmatan negara bagi tahun 2017, maka sudah tentu akan menyumbang pada pertumbuhan KDNK tahun tersebut.

Walhal, aktiviti pelacuran sebelum tahun 2016 lagi telah wujud dan terus berkembang di tanah air ini, cuma tidak direkodkan sebagai sebahagian "jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar)."

KDNK digunakan untuk merekodkan nilai kegunaan besi, batu-bata, buruh dll material, untuk menunjukkan tahap perkembangan dan pembangunan sesebuah negara pasca perang dunia dahulu.

Oleh kerana data material-material ini begitu kompleks dan runcit, maka, KDNK dinisbahkan dalam nilai mata wang atau peratusan mengikut bandingan tahun dll.

Bayangkan jika KDNK ini kembali diukur dalam bentuk real material, contoh jumlah beratan simen, besi dll bahan binaan pada tahun 2017 berbanding 2016.

Ataupun, jumlah beratan hasil tangkapan ikan negara pada tahun 2017 berbanding 2016.

Ataupun, jumlah doktor dan jurutera graduasi lalu bekerjaya bagi tahun 2017 berbanding 2016.

Secara materialisme,  lebih real untuk kita melihat perkembangan sebenar saiz ekonomi negara ini, dalam bentuk ekonomi dan sosial.

Cara KDNK ini diterjemahkan dalam bentuk materialistik (bukan angka peratusan atau RM), sekaligus akan membantu kita melihat punca sebenar perkembangan pertumbuhan 5.8% KDNK bagi Q2 2017 berbanding suku tahun sebelumnya.

Kita akan melihat bagaimana pelaksanaan fasa II MRT Kajang melalui hutang korporat, sebenarnya merupakan salah satu punca perkembangan KDNK negara, walaupun sesetengah pemimpin oposisi menentang peojek itu dan pelaksanaan projek lanjut fasa III MRT kelak.

Percaya lah bahawa pelaksanaan ECRL melalui State-Owned Enterprise (SOE) Malaysia dan SOE China nanti turut akan menyumbang pada pertumbuhan KDNK, walaupun oposisi menentang projek infrastruktur pengangkutan awam yang memberi kesan berganda (multiplier effect) berlipat kali ganda daripada aspek ekonomi dan aspek sosial.

Jika selepas ini, Jabatan Perdana Menteri menghitung KDNK dalam bentuk materialistik - ECRL menyaksikan berapa beratan besi dan simen digunakan? Berapa ramai jurutera dan buruh warganegara terlibat? Apa multiplier effect kepada ekonomi rakyat? - percayalah bahawa logik ekonomi konservatif oposisi yang menentang projek ECRL itu akan mengakibatkan pembangkang ditolak pada PRU14 nanti.

Rakyat terbanyak akan kembali memberi sokongan kepada rejim kleptokrasi kerana mereka percaya oposisi anti projek infrastruktur awam negara.

Semacam telah saya sebutkan tadi, sektor pelacuran telahpun wujud, apabila sektor itu direkodkan sebagai sebahagian hasil Kerajaan Pusat, maka menyumbang pada pertumbuhan KDNK.

Begitu juga lah jika fasa II MRT Kajang yang telah siap, jika direkodkan oleh Kerajaan Pusat, ia akan menyumbang pada pertumbuhan KDNK.

Pertumbuhan atau penyusutan KDNK - daripada satu suku tahunan ke satu suku tahunan lain dalam rupa peratusan atau RM - untuk oposisi berkokok mengenai kelemahan rejim kleptokrasi sebenarnya tidak lah real.

Apa yang rakyat dapat?