Skip to main content

Harga ikan kembung melambung lagi, apa solusi kita?

PENULIS merakamkan gambar peribadi berlatar belakangkan tanda wanita transit sebelum R&R Tapah ketika  musafir dari Muar ke George Town, 4 September 2017. Ini swafoto sementara menanti anak dara #InsyirahSolehah qadha hajat. Nasib lah jadi ayah tunggal, tak berjumpa 'mak baru' lagi LOL


Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial


Di Facebook sejak pagi tadi, kelihatan pemimpin muda mesra pembangkang riuh-rendah itu Kembung naik RM19 sekilo.

Ini, mungkin kerana Pakatan Harapan sendiri sekaa tiada idea solusi ekonomi pada isu kenaikkan harga ikan yang sedang dihadapi oleh rakyat.

Walhal, Pakatan Harapan tahu peri penting menggarap sokongan rakyat, untuk menolak rejim kleptokrasi pada PRU14 nanti.

Telah Faqar sebut sebelum ini, elok jumlah sektor perikanan dalam KDNK disebut dalam jumlah beratan hasil tangkapan, bukan lagi dinisbahkan dalam rupa Ringgit Malaysia (RM) ataupun peratusan ikut bandingan suku tahunan dll.

Dengan cara sebegitu, rakyat dan semua pihak dapat melihat secara real mengenai pertumbuhan ekonomi secara material.

Dengan melihat pertumbuhan ekonomi secara material, rakyat akan tahu punca sebenar kenaikkan harga ikan kembong sehingga RM19 sekilogram di Johor Bharu.

Kenaikan harga ikan sebab kekurangan hasil tangkapan ikan negara, atau sebab import ikan dari Thailand?

Jika puncanya adalah import ikan, padan lah harga melambung kerana penyusutan mata wang negara berbanding Thai Bath.

Kalau kita masih ingat, Utusan Malaysia pada 11 Julai 2017 lalu melaporkan berita Isu lambakan ikan kembung selesai.

Harga ikan kembung daripada RM25 sekilogram  oleh kembali RM4 sekilogram kerana wujudnya lambakan hasil tangkapan.

Dalan ekonomi, Over Production mempunyai dua situasi.

Situasi pertama, lambakan produktiviti terjadi bukanlah disebabkan komoditi yang ditawarkan melebihi permintaan, tetapi disebabkan tidak mampu dinikmati oleh rakyat terbanyak. 

Contohnya, lambakan Rumah Mampu Milik kerana rakyat yang memerlukan unit kediaman tidak mampu membeli rumah.

Situasi kedua, lambakan produktiviti terjadi memang disebabkan produktiviti dalam pasaran melebihi permintaan rakyat secara real.

Contohnya, lambakan ikan kembung seperti dalam pautan berita di atas.

Jika hasil tangkapan ikan kembung negara mencukupi, Malaysia tidak perlu lagi import hasil makanan daripada Thailand.

Harga ikan kembung negara mengikut pasaran domestik dan dibeli menggunakan mata wang negara secara real, sama ada ketika nilai mata wang menyusut atau naik, proses jual beli lebih real menggunakan RM.

Warganegara yang begitu terasa kesan penyusutan mata wang negara hanya mereka yang membeli barang import atau melancong ke luar negara sahaja.

Yang menentukan harga ikan kembong di Malaysia adalah bergantung pada jumlah produktiviti dan permintaan pasaran.

Lambakan ikan boleh berlaku atas faktor alam dan teknologi perikanan, maka, Kerajaan perlulah melaksanakan beberapa langkah dalam memastikan keselamatan makanan senantiasa terpelihara.

Antaranya, Kerajaan Persekutuan perlu menggalakkan perkembangan industri perikanan dengan memodalkan secara besar-besaran (Industrialization Capitalsm) untuk proses tangkapan, menguruskan bank ikan sehinggalah menghasilkan produk eksport ke luar negara.

Sekiranya Bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Tun Hussein dahulu melaksanakan industrilisasi modal dengan berjaya menukar bukit-bukau menjadi ladang kepala sawit FELDA, takkan Pakatan Harapan tiada dasar ekonomi yang lebih real materialistik dengan pelan menukar perairan negara menjadi 'pasar raya mega ikan dunia'?

Industriliasi modal akan mewujudkan kesan berganda (multiplier effect) bukan sahaja daripada aspek ekonomi, seperti pertumbuhan ekonomi dalam rupa peningkatan beratan hasil perikanan negara).

Malah, daripada aspek sosial, seperti keluarga nelayan yang terdiri oleh pelbagai kaum boleh berbelanja lebih dan meningkatkan hasil tangkapan apabila Kerajaan Pusat menyediakan pelbagai skim dan insentif berwajib.

Andai berlaku monopoli pasaran ikan kembong membabitkan pemodal spekulatif, Kerajaan Pusat yang telah mempunyai bank ikan kembung negara boleh melepaskan lebih banyak komoditi itu untuk mencegah inflasi.

Ini contoh, jika Pakatan Harapan ada polisi dan solusi ekonomi, pemimpin muda mereka tentu tidak akan membebel di Facebook. 

Apa solusi ekonomi yang mahu Pakatan Harapan tawarkan, untuk melayakkan rakyat terbanyak menyokong mereka di PRU14?

Politik kepartian tanpa solusi ekonomi manusiawi yang real material, sebenarnya adalah sia-sia buat rakyat terbanyak.

Apa solusi ekonomi Pakatan Harapan dalam isu keselamatan makanan negara?

Membebel di Facebook?