27 March 2017

Guan Eng bimbang hutang Pusat 2016 seakan lebih 55% KDNK



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – RM648.475 bilion hutang Kerajaan Pusat bagi tahun 2016 seakan mencecah 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jika dijumlahkan bersama-sama RM191.085 bilion jaminan hutang oleh Kerajaan Pusat sehingga bulan September tahun lalu.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, rekod kira-kira sebegitu adalah tidak berperlembagaan kerana Akta Pembiayaan Kerajaan 1983 dan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 masing-masing menetapkan had maksimum hutang kerajaan setakat 55 peratus daripada KDNK, manakala, Akta Pinjaman Luar 1963 pula membenarkan hutang luar negara sebanyak RM35 bilion sahaja.

“Laporan The Edge (Malaysia) menunjukkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan.

“Jaminan (hutang oleh Kerajaan Persekutuan) ini bukanlah sesuatu yang tidak akan berlaku, tengok macam PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang), Kerajaan Pusat kena bayar kerana ini adalah jaminan (hutang oleh Kerajaan), maka kena tambah jaminan bersekali (dengan hutang kerajaan pusat).

“Kalau ditambah dengan jaminat (hutang oleh Kerajaan Pusat) sekali adalah berjumlah kira-kira RM840 bilion (RM839.56 bilion), yang melebihi 55 peratus KDNK, sebenarnya adalah lebih 60 peratus (berbanding) KDNK lah

“Ternyata semua sekali RM840 bilion adalah melebihi 55 peratus KDNK, ini adalah menyalahi undang-undang,” tegas Guan Eng kepada pemberita di Komtar pada tengah hari tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu rencana dalam akhbar harian The Edge Malaysia pada 27 Mac lalu, yang mendedahkan data serta angka Laporan Tahunan Bank Negara 2016.

Berdasarkan rencana itu, Guan Eng memberitahu 4.5 peratus inflasi dalam bulan Februari 2017 lepas merupakan kadar paling tinggi sejak tahun 2008.

Rencana sama turut mendedahkan RM1.0862 trilion hutang isi rumah adalah menyamai 88.4 peratus KDNK bagi tahun 2016; diikuti RM1.3264 trilion hutang syarikat korporat adalah menyamai 107.9 peratus KDNK; RM648.475 bilion hutang Kerajaan Persekutuan adalah menyamai 52.7 peratus KDNK; dan RM191.085 bilion jaminan hutang oleh Kerajaan Persekutuan sehingga bulan September 2016.

Keseluruhan hutang dalam negara bagi tahun 2016 adalah sejumlah RM908.704 bilion atau 200.628 bilion Dolar Amerika Syarikat; menyamai 76.1 peratus berbanding Pendapatan Nasional Per Kapita (GNI).

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus